Home / Semasa / Akhirnya Tauke Jambu Ceritakan Apa Terjadi Masa Dia Terpaksa Tidur Dalam Lokap Selama 3 Hari

Akhirnya Tauke Jambu Ceritakan Apa Terjadi Masa Dia Terpaksa Tidur Dalam Lokap Selama 3 Hari

Pelawak Tauke akui pengalamannya berada di dalam lokap selama tiga hari dua malam sekitar Ogos lalu merupakan detik hitam paling buruk dalam hidupnya.

Menurut Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, dia walau bagaimanapun menganggap kejadian tersebut sebagai ujian daripada Allah SWT.

“Kalau nak kata kejadian paling buat saya terduduk, ketika saya ditahan lah.

“Dekat dalam balai, saya kena tiga hari dua malam.

“Tapi Allah nak uji saya, Alhamdulillah dekat dalam balai, bayangkan saya seorang dalam balai, dalam lokap,” katanya.

Jelasnya, dia juga akui mentalnya agak ‘down’ k3rana tdk pernah melalui pengalaman sedemikian.

“Masa tu terfikir, yelah kita solat, tapi masa tu saya down lagi sebab tak pernah kan.

“Ketika itu kita punya kerohanian diperah,” katanya.

Tauke berkata demikian ketika majlis pelancaran program bual bicara Jari Neraka.

Program Jari Neraka yg diterbitkan oleh Rentak Sehati itu bakal menyaksikan pelawak tersebut bergandingan Zarina Anjoulie selaku pengacara.

Disiarkan menerusi YouTube, Jari Neraka juga bakal menampilkan ramai selebriti jemputan termasuk Iqram Dinzly, Zed Zaidi, PU Amin, Yusof Azmi & ramai lagi.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak lelaki telah ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia utk eksploitasi seks yg berlaku di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, selepas berita itu tular, Tauke mendakwa pelawak yg ditahan bukan dirinya.

“Kerjasama yg telah saya berikan kepada pihak PDRM telah disalah anggap & banyak pihak telah memilih utk menghukum sebelum menilai,” katanya.

Sumber : GEMPAK

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Bukan Macam Drama Melayu, Keluarga Mydin Ada Cara Tersendiri Ajar Anak Terlibat Dalam Perniagaan Keluarga | Article Update

Lazimnya bagi sesebuah syarikat yg diasaskan oleh seorang bapa, beliau pasti akan menyerahkan kepada anaknya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.