Home / Semasa / Pasang ‘Speaker’ Kuat-Kuat Untuk Semua Aktiviti, Masjid Di Taman Perumahan Ini Undang Rasa Kurang Senang Penduduk | MyBlog

Pasang ‘Speaker’ Kuat-Kuat Untuk Semua Aktiviti, Masjid Di Taman Perumahan Ini Undang Rasa Kurang Senang Penduduk | MyBlog

Isu pembesar suara atau ‘speaker’ yg digunakan di surau & masjid agak sensitif utk dibangkitkan di Malaysia yg terdiri dari pelbagai bangsa & agama.

Namun, masyarakat secara umum sedar & menghormati Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan yg menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi Malaysia.

Tidak timbul isu sebenarnya azan 5 waktu berkumandang kuat di masjid & surau bagi menandakan setiap kali masuk waktu solat.

Inilah keunikan kepelbagaian kaum di Malaysia yg sentiasa menghormati & bertoleransi demi keharmonian di antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, dikhuatiri tdk ada Prosedur Operasi Standard (SOP) yg jelas mengenai penggunaan pembesar suara di masjid & surau atau kurangnya dari segi penekanan oleh jabatan agama atau majlis agama tempatan sendiri.

Inilah yg cuba disuarakan oleh seorang pengguna Twitter amira (@mira_n24) menerusi ciapannya berikut:

Tangkap layar dari Twitter @mira_n24– Tangkap layar dari Twitter @mira_n24

“Isunya adalah semua aktiviti tersebut mereka pasang speaker sekuat-kuatnya sehingga saya rasa agak sedikit terganggu. Kalau buat semua aktiviti tu hanya dalam masjid tanpa speaker boleh saja kan?”, jelasnya lagi.

Beliau turut meminta nasihat & pandangan dari seorang ustaz, Muhammad Fahmi (@fahmirusliMFR) mengenai hal ini.

“Ya, tuntutan utama pada menggunakan pembesar suara luar hanyalah utk azan 5 waktu solat sahaja”, jelas beliau melalui satu ciapan.

Tangkap layar dari Twitter @fahmirusliMFR– Tangkap layar dari Twitter @fahmirusliMFR

Menurut Ustaz Muhammad Fahmi lagi, aktiviti lain seperti ceramah atau kuliah, bacaan Yasin, tahlil & Al-Mulk pula cukup dengan menggunakan pembesar suara di dalam masjid sahaja tanpa menggunakan pembesar suara luar.

Penjelasan beliau turut dilampirkan bersama rujukan dari fatwa Imam al-Nawawi yg menyatakan bacaan Al-Quran yg kuat di luar solat dikhuatiri boleh mendatangkan perasaan riak, mengganggu orang yg sedang solat, orang sakit, orang yg sedang tidur, orang yg uzur & jemaah lain yg sedang beribadat.

Sementara itu, Ustaz Firdaus Firabib yg bertugas sebagai seorang imam di Masjid Al Busyra Merbok, Kedah pula berpendapat, isu tersebut dirisaukan akan menjadi gangguan kepada penduduk berhampiran.

Dipetik dari portal Majoriti, beliau menjelaskan, “Kawasan taman perumahan perlu ambil berat soal itu, sepatutnya tdk perlu kuatkan atau terus tutup pembesar suara luar. Supaya tdk mengganggu penduduk yg nak berehat atau ada urusan di rumah atau ada anak kecil”.

BACA: Rahsia Di Sebalik Sistem Audio Yang Tak Pernah Gagal Di Masjidil Haram

Sumber: Twitter @mira_n24, @fahmirusliMFR, Majoriti

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

[VIDEO] Gambar Anak Saiful Apek Ini Curi Perhatian, “Macam Sama La Dengan Ayahnya” – | Article Update

“Ehh muka sebijik apekk..” Siapa sahaja yg tdk mengenali pelawak & penyanyi, Saiful Apek Senario. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.