Home / Islamik / Selepas 30 Tahun, Makin Ramai Tampil Saksi Objek Aneh Di Langit Pada Tahun 1992 Sekolah Agama Di Klang

Selepas 30 Tahun, Makin Ramai Tampil Saksi Objek Aneh Di Langit Pada Tahun 1992 Sekolah Agama Di Klang

 

TANGKAP layar laporan media berkenaan peristiwa pada Oktober 1992 itu. — Facebook/Salmah MelorMENGIMBAU semula peristiwa pada Oktober 1992, sekumpulan 200 orang pelajar & guru-guru dari sekolah agama di Klang, Selangor ketika itu mendakwa melihat 26 objek aneh di langit.

Antara objek yg muncul secara tiba-tiba di langit sekitar jam 11.30 malam hingga 3.00 pagi itu adalah imej berbentuk kala jengking, manusia berwajah khinzir, wajah perempuan, keranda, janin & peta Malaysia dalam keadaan terbalik.

objek

OBJEK-OBJEK yg didakwa dilihat oleh pelajar-pelajar & para guru itu.

Namun demikian, Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) menafikan perkara itu & mengatakan objek di langit itu hanyalah khayalan kumpulan pelajar sekolah agama hasil daripada pendewaan terhadap sorang guru agama di sekolah berkenaan yg dipercayai menyebarkan ajaran sesat.

Kini selepas hampir 30 tahun sejak peritiwa itu berlaku, warganet di laman media sosial kembali rancak membincangkan peristiwa itu, malah beberapa saksi lain turut tampil mendakwa kejadian itu adalah benar.

Untitled design (3)

TANGKAP layar komen saksi di hantaran pengguna Facebook, Salmah Melor

“Kejadian 200 pelajar berhimpun ditempat perhimpunan lewat malam di tahun 1992 di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin Kg Jawa Klang. Bersaksikan langit yg merah seakan senja pekat objek-objek membentuk di langit. Astaghfirullah…dahsyatnya fitnah selepas itu. Kami pun tdk tahu pasal ajaran sulaiman. Ustaz, ustazah kami elok saja mengajar kami berpandukan buku-buku teks juga, kami tiada pun terlibat dengan ajaran sesat, tapi guru-guru kami disoal siasat & kami disuruh mendiamkan diri. Allahuakbar…besar benar fitnahnya,” dakwa seorang saksi di Facebook, Iena Iena.

“Pertama kali nak komen di post. Selama ini jadi silent reader saja. Saya sekeluarga ada saksikan kejadian ini. Lupa umur berapa waktu itu tapi sudah sekolah rendah rasanya. Malam itu memang terang betul boleh nampak jelas macam-macam objek di langit. Puncanya tdk tahu ap4, hologram ke ap4 memang tdk tahu. Tapi memang berlaku. Yang paling saya ingat rambut terbakar & lidah kena potong,” dakwa satu lagi pengguna Facebook, Hani Hanaffi.

“Kami pelajar perempuan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang pun diberi rezeki dari ALLAH, menyaksikan objek-objek ini. Subhanallah. Memori tdk akan pernah lupa, ” komen Nor Hayati Zainul Abidin.

“Langit berbentuk itu betul bukan rekaan. Kejadian berlaku di Sekolah Agama Tinggi Hishamudin Klang & saksi utama kejadian adalah kakak aku sendiri, dia tingkatan tiga masa itu. tengah belajar lewat malam tiba-tiba dengar orang jerit-jerit cakap. Mereka semua keluar cepat, cuba tengok di langit. Masa itu memang ramai pun yg sudah tengok. ada yg terkesima, ada yg menangis, ada yg beristighfar, yg azan. Masing-masing menggeletar & panik.

“Terkesima tengok benda macam itu di langit, secara langsung depan mata. Kalau tengok sendiri mesti orang tdk percaya & cakap kau gila kan tapi ramai-ramai. Jadi pihak sekian-sekian kata itu ajaran sesat bagai memang fitnah. Kakak aku cerita memang jelas awan berbentuk & bentukan awan itu macam penceritaan, ia berubah satu demi satu. MasyaALLAH untungnya mereka dapat tengok.

“Ada yg kaitkan pula dengan ajaran sesat. Itulah fitnah paling besar utk mereka. Paling lawak, ada pula muncul buat kenyataan itu semua tembak pakai laser, projektor. Ya Rabbi. Itu belum lagi buka cerita pasal ada segelintir pelajar nampak air membeku ketika masa di bulan Ramadan, pasal dengar tumbuhan bertasbih, banyak kisah kakak aku cerita yg berlaku di Hisyamuddin zaman dulu,” kata pengguna Facebook, Dino Morissette.

Menjengah di ruangan komen lain, terdapat beberapa saksi juga yg mendakwa melihat kejadian pada Oktober 1992 itu.

Untitled design (2)

TANGKAP layar komen saksi di hantaran pengguna TikTok, thenazfamily.

Majoriti sedang berusaha mendapatkan respons pakar berhubung perkara itu. — Majoriti

Sumber: Majoriti

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Model Baju Raya Bertudung Tapi Nampak…” Ustazah Asma’ Tegur Jgn Lnggar Larangan Allah.

Menjelangnya Aidilfitri yg akan tiba tdk lama sahaja lagi, pastinya orang ramai berpusu-pusu memilih baju …

Leave a Reply

Your email address will not be published.