Home / Semasa / [Video] “Jangan Sampai MeIampaui Batas” Yusuf Azmi Ber4ng ZhafVlog Nilai FiIem Syahadan

[Video] “Jangan Sampai MeIampaui Batas” Yusuf Azmi Ber4ng ZhafVlog Nilai FiIem Syahadan

Filem Syahadan yg baru sahaja membuka tirai tayangan kepada umum nampaknya menjadi mangsa terbaharu ZhafVlog apabila teruk ditibai oleh pengulas filem tersebut. Filem Syahadan yg mula ditayangkan pada 11 Februari  lalu & memfokuskan kepada silat telah dinilai sebagai ‘Filem tanpa maruah, filem hina’ oleh Zhaf.

Kritikan ini nampaknya telah menarik perhatian Yusuf Azmi, seorang aktivis yg melihat kritikan ‘kejam’ yg dikeluarkan oleh Zhaf adalah bersifat menghina dunia persilatan & orang melayu itu sendiri. Dia juga turut mempelawa Zhaf utk duduk semaja bagi dia memahami lebih mendalam ap4 yg “dimarahkan sangat dengan dunia persilatan? Apa yg dimarahkan sangat dengan bangsa melayu?”

Dalam video yg berdurasi selama hampir 40 minit yg dikeluarkan di facebook, Yusuf Azmi turut meluahkan rasa sedih k3rana orang yg menghina filem Syahadan itu adalah dari kalangan bangsa melayu sendiri. Dia juga percaya bahawa setiap kritikan itu mempunyai kaedahnya tersendiri, “Sesiapa sahaja boleh memberi kritikan, boleh memberi nasihat. Buatlah ap4 nak buat, tiada masalah, nak kutuk atau ap4 ke. Tetapi ada kaedah utk kita memberi kritikan. Janganlah buat kritikan tanpa berasas.

Di dalam video tersebut, Yusuf Azmi beberapa kali mendakwa bahawa Zhaf sebenarnya tdk membeli tiket utk menonton filem Syahadan, tetapi telah mengeluarkan satu kenyataan yg berbaur kecaman terhadap filem yg mengangkat martabat silat.

Justeru, dia telah menawarkan diri utk duduk semeja dengan Zhaf, “Saya nak berjumpa, saya nak tahu di mana tempatnya. Boleh saya datang ziarah utk saya nak ta’aaruf, saya nak berkenalan dengan beliau, saya nak tahu ap4 sebab dia buat macam ini. Bukan pergi nak pukul pun,” kata Yusuf Azmi.

Bagaimanapun, kenyataan yg dikeluarkan Yusuf Azmi dilihat seolah menyerang peribadi & bukannya berkisarkan filem tersebut. Orang ramai merasakan ap4 yg disentuh oleh Zhaf adalah kritikan mengenai teknikal filem tersebut bukannya dunia persilatan mahupun bangsa melayu.

“Banyak kali juga menyokong usaha Yusuf Azmi sebelum ni. Dan saya juga banyak tak setuju dgn ZhafVlog sebab cara dia. Tapi ap4 ni bang. Tak rileknya. Dia komen tentang teknikal filem lah. Yang pergi melarat video serang personal tu dah kenapa? Soal personal melayu & silat. Tibernya,” kata salah seorang netizen di bahagian komen.

“Bang dia bukan hina orang melayu, seni silat atau agama. Perkataan Abang tu macam fitnah dia pulak.. Zhaf tu dia komen pasal teknikal filem.. macam skrip, cinematography, angle camere, plot cerita, lakonan, audio.. kalau dia komen sampah tu maksudnya merujuk kepada teknikal filem tu.. bukan nk hina silat, bangsa atau agama,” kata salah seorang netizen yg lain.

Filem Syahadan yg menampilkan juara silat dunia & pesilat negara Al Jufferi Jamari sebagai pelakon utama mengisahkan seorang pemuda berlatih silat yg perlu menghadapi perjuangan mental & fizikal utk menentang sindiket samseng di kampungnya. Selain Al Jufferi, antara mereka yg berlakon di dalam filem ini ialah Anuar Rahman, Bob Megat, Fauzi Khalid, Taqiyuddin Hamid & para-para atlet pesilat negara.

Sebelum ini Zhafvlog dalam kenyataannya di laman Twitter berkata; “From Budak Kripto to Budak Silat real quick! Sound out, camera angle teruk, script jahanam & cringe. Short film youtuber lagi berkali ganda berkualiti. Genre bersepah kejap drama, kejap lawak bodoh, kejap macam Scott Pilgrim.”

Beliau turut menambah; “Surprisingly Tok Guru lagi pandai berlakon & lontarkan dialog. Villain baca script macam baca buku teks. Fighting sequence terlalu amatur, tiada pergerakkan yg mengujakan. No wonder Astro dulu taknak amik utk ditayangkan di Astro First, terlalu SAMPAH.”

Sumber : thevocket

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Jurugambar sanggup kena sidai, pujuk bayi menangis demi foto impian mak ayah

MENGAMBIL gambar atau photoshoot bayi sudah menjadi satu trend pada masa kini. Malah pelbagai tema & gaya dapat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.