Home / Semasa / “Atas Bumbung Ke Tu?”, JDT Dikecam Di Media Sosial Gara-Gara Pelan Tempat Duduk Dalam Stadium Sultan Ibrahim | MyBlog

“Atas Bumbung Ke Tu?”, JDT Dikecam Di Media Sosial Gara-Gara Pelan Tempat Duduk Dalam Stadium Sultan Ibrahim | MyBlog

Pelan tempat duduk musim 2022 Stadium Sultan Ibrahim yg dikeluarkan oleh kelab Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) mendapat kecaman di media sosial.

Ini ekoran dari pelan tempat duduk di dalam Stadium Sultan Ibrahim yg dikeluarkan oleh JDT tersebut dilihat sebagai tdk adil utk penyokong pasukan lawan yg datang bertandang.

Menurut pelan musim 2022 tersebut, tempat duduk yg dilabel utk ‘AWAY FANS’ & disediakan khas buat penyokong lawan itu terletak di kawasan hujung stadium dengan kapasiti yg kecil sahaja.

Perkara ini menimbulkan rasa tdk puas hati & ‘memanaskan’ lagi penyokong KL City FC yg bakal berkunjung ke stadium itu Sabtu ini utk perlawanan Piala Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah).

Di Facebook Kelab Penyokong Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFC), satu hantaran telah dibuat oleh salah seorang admin laman tersebut yg seolah-olah mempersenda tindakan kelab Harimau Selatan itu.

Tangkap layar dari Facebook Kelab Penyokong Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFC)– Tangkap layar dari Facebook Kelab Penyokong Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFC)

“Atas bumbung ke tue….tanya jer??…Kami tak ramai.. Insya-Allah kami hadir…tungguuuu…..”, katanya dalam satu hantaran yg dibuat semalam.

Di ruangan komen, beliau menambah lagi, “Doakan piala pulang bersama ke ibu kota…tiada yg mustahil…”.

Hantaran beliau itu disambut oleh beberapa orang lagi penyokong yg memberi komen “Aamiinnn” bagi mengiringi doanya tersebut.

Namun, ramai juga pengguna Facebook yg masih tdk berpuas hati dengan pelan tempat duduk yg dikeluarkan oleh JDT tersebut.

“Baik tengok tv ja kalo cam ni..tahap tu punya away layanan.” – Mohammad Noor Fauzi

“Haha..dari Stadium Larkin lagi..perangai macam ni.” – Ahmad Fazli

“Baik letak skrin besar ja luar stadium kalau macam ni gayanya sambut penyokong Kuala Lumpur.” – Hafiz Saad

“Baru tau ka penyokong Kedah dah lama la kena macam tu hahahahaha biasa la JDT katakan..” – Dekmin Tsd

“Benda dah lama bang.. setaraf Eropah katanya”. – Wan Ijan

Terdapat juga komen yg berpendapat bahawa kemungkinan pelan tempat duduk tersebut adalah bagi ‘SEASON PASS’ musim baharu Liga Malaysia (Liga M) 2022 nanti & bukannya utk Piala Sumbangsih.

Untuk perlawanan Piala Sumbangsih, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebelum ini telah menetapkan stadium di venue neutral tdk akan digunakan bagi mengelakkan pergerakan besar penyokong.

Oleh itu, stadium penyandang juara Liga Super iaitu Stadium Sultan Ibrahim akan digunakan & bukannya stadium neutral.

Sumber: Facebook Kelab Penyokong Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFC)

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Masih Ingat Noor Farhan Bekas Suami Abby Abadi? Begini Kehidupannya Sekarang

Selepas pencera1an dengan suami Norman Hakim, Abby Abadi telah menemui pengganti. Noor Farhan Che Bakar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.