Home / Semasa / Jangan Suka-Suka ‘Parking’ Depan Pagar Rumah Jiran, Anda Boleh Didenda Maksima RM5 Ribu Atau Penjara! | MyBlog

Jangan Suka-Suka ‘Parking’ Depan Pagar Rumah Jiran, Anda Boleh Didenda Maksima RM5 Ribu Atau Penjara! | MyBlog

Jiran block pagar rumah dengan kereta? Ini merupakan masalah yg biasa terjadi di kawasan perumahan di Malaysia.

Biasalah, kalau hidup berjiran ni memang perlu banyak bersabar & bertimbang rasa. Hidup bermasyarakat memang kena sama-sama bantu-membantu & bertolak ansur, kan?

Esok lusa kalau nak angkat barang ke, sakit ke, jiran-jiranlah yg datang dulu utk jenguk & hulur bantuan.

Kadang-kadang memang ada jiran yg suka parking depan pagar rumah. Kita sendiri pun mesti pernah buat, betul tak?

Kalau sekejap je, tak apalah. Boleh faham. Tapi kalau setiap hari berjam-jam kat situ, sampai kita sendiri pun payah nak masuk & keluar rumah, boleh bergaduh juga.

Takkan nak ‘buat-buat’ senyum & tegur setiap kali? Penatlah macam ni. Dah macam kita reserved kawasan depan rumah tu semata-mata utk dia pula.

Seorang peguam, Syazwan Mohd Jafri telah berkongsi panduan & hak yg perlu anda tahu dalam menghadapi situasi ini.

Perkongsian yg dibuat di Facebook Tukang Apa Hari Ini tersebut diharap dapat memberikan kesedaran ke arah kehidupan & semangat kejiranan yg lebih aman & harmoni di masa depan.

Tangkap layar dari Facebook Tukang Apa Hari Ini– Tangkap layar dari Facebook Tukang Apa Hari Ini

ADUHAI PENING DENGAN JIRAN ASYIK PARKING KERETA BLOCK PAGAR RUMAH! 😫😵

(Ketahui hak anda sebagai jiran teraniaya)

Jika anda menetap di taman perumahan (landed terutamanya), pasti PERNAH MENGALAMI masalah pagar rumah dihalang oleh kereta orang lain (selalunya kereta jiranlah). Pastinya juga menyusahkan, menyakitkan minda & menyakitkan hati anda. Teguran secara baik tdk berkesan. Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.

HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (APJ 1987)

👉Seksyen 48(1) APJ 1987 menyebut – adalah menjadi kesalahan bagi pemandu yg meletakkan kenderaan mereka dengan cara yg menyusahkan/menghalang pengguna lain. Jika didapati bersalah, boleh didenda minimum RM1,000.00 & maksima RM5,000.00 ATAU penjara tdk kurang 1 tahun ATAU kedua-duanya.

HAK ANDA DI BAWAH AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKK 1955)

👉Selain APJ 1987, AKK 1955 juga ada menyebut tentang kesalahan letak kereta depan rumah orang. Seksyen 22 AKK 1955 menyebut – barangsiapa yg melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah, boleh didenda sehingga RM50.

JALAN TERAKHIR JIKA JIRAN MASIH TERUSKAN SALAH LAKU PARKING BLOCK PAGAR RUMAH

👉Ramai tdk tahu, sebenarnya di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987 – pihak berkuasa seperti pegawai polis/pegawai JPJ/pegawai majlis perbandaran, dibenarkan utk CLAMP & TOWING kereta yg menghalang/menyusahkan orang lain. Oleh itu, semasa membuat aduan, pastikan anda maklumkan akta ini. Bila tahu kereta nak kena tow, pasti jiran tdk akan ulang kesalahan sama.

INFO TAMBAHAN

🟢Meletakkan kereta block rumah orang juga dikira sebagai kesalahan “TORT KACAU GANGGU PERIBADI”

🟢If all else fails, anda boleh saman di mahkamah & dapatkan Perintah Injunction (Perintah halangan) agar pelaku tdk meneruskan lagi salah laku.

KESIMPULAN

👉Isu ini mungkin nampak remeh tapi hakikatnya memang banyak terjadi. Perkongsian kali ni pula bukan utk menggalakan pergaduhan sesama jiran namun lebih kepada memberikan “awareness” tentang isu ini supaya semua pihak sama-sama elak dari lakukan kesalahan ini.

Sekian..Syaz.MJPeguam Hartanah Anda#lawyersyaz#jirandarineraka

BACA: Terganggu Dengan Bunyi Kenderaan Jiran, Lelaki Guna Duit i-Sinar Bina 11 Bonggol Atas Jalan

Sumber: Syazwan Mohd Jafri

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.