Home / Semasa / “Kamu tak ada hak m4rah dia..” – Rakaman Kak Ogy bertikam Lidah Dgn Dato Ramli MS Kembali Tular

“Kamu tak ada hak m4rah dia..” – Rakaman Kak Ogy bertikam Lidah Dgn Dato Ramli MS Kembali Tular

Sebut sahaja Ramli MS, Kak Ogy pasti nya sinonim dengan tugas mereka sebagai juri dalam mana mana pertandingan nyanyian di Malaysia. Besar jasa mereka juga dalam industri seni tanah air dalam melahirkan penyanyi yg menguasai ilmu dalam melontarkan vokal dengan baik.

Menerusi satu klip durasi pendek, Ramli MS atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tokram menegur Kak Ogy dalam memberi komen pada penyanyi. Kelihatan seperti Tokram mene.gur ‘pitching’ nya yg kedengaran seperti ma.rah pada peserta tersebut. Namun, Kak Ogy tenang dalam menjawab & menerima komen yg diberikan pada nya.

Lihat video dibawah:

Lihat juga komen dibawah:

@Bellpunisher:kannnn..komen jer..jgn ma.rah…mula kata ma.rah xdtg kelas ..pastu tanye sy mar.ah ke …

@Susu Petai:Tapi dia x dtg class,knp x boleh ma.rah.. Ayat last pulak, “saya ma.rah ke dia“? sebenarnye die marah ke tak ahahaha..

@Munjis@benjid:pertama kali juri tegur juri. ogy ko.yak kena te.gur..stady tok ram yehhh Llki memang.

@Dekna.AF5: Ohhh fahammm sebab tu masa dekna dlu die dh praktikkannn tpi syg tok ramm x de nak selamatkan dekna hahah

@Suryaliana90:mmg dia kata tak m.rah tp masalahnya mcm tok ram kata la nada dia tinggi mcm org mrah² klu rndahkan sikit suara,kan bagus.

Seni tak menipu & tak boleh menipu seni – Ramli MS

“AWAK sudah kahwin?” tanyanya saat memulakan bicara panjang sejurus selepas penulis duduk di sofa di sebelahnya lalu menjawab, sudah.

“Masa awak masuk rumah ini pun saya sudah boleh meneka. Orang seni ini memang begitu. Orang macam kami ini melihat kehidupan ini daripada semua perspektif,”ujarnya yg sudah sedia ada menyarung kain pelikat & berbaju T ringkas di rumah.

Sebenarnya, bagi mereka yg mengenali Datuk Ramli MS atau Tok Ram, tentunya sudah terbiasa dengan sikapnya yg suka bergurau & gemar berbual.

Ciri itu melengkapi perso­nalitinya yg ramah & mudah didekati meski ada yg berpandangan, keadaan itu mungkin sedikit berbeza dengan sewaktu dirinya berdarah muda. Kata orang, dia lebih tegas dahulu.

Dari kisah & ragam orang sudah berkahwin, cerita mengenai industri, sehinggakan topik hantu & kejadian mistik pun boleh jadi bahan bualan bersama penulis tempoh hari, menunjukkan, lelaki ikon seni muzik tanah air ini memang kaya dengan bermacam cerita.

Namun, satu yg boleh dilihat, Tok Ram di usia 63 tahun kini, lebih tenang, relaks & sangat menikmati & menghargai kehidupan.

“Perkara terbaik dalam hidup adalah kebahagiaan. Saya bekerja dari usia 9 tahun & semua kerja pernah saya buat. Tapi saya selalu gembira sebab bukan jenis yg mudah letakkan noktah pada kerja.

“Saya ini, bukan orang yg suka melihat semalam. Sejarah bagi saya adalah hanya rujukan. Bukan tdk bersyukur. Tapi, ap4 yg berlaku semalam, tak akan balik atau berulang pada kita sebab setiap hari adalah berbeza. Sebab itulah kena sentiasa pandang & terus ke depan.

“Saya buat ap4 yg boleh membuatkan diri gembira. Saya bukan seorang yg suka bermain api. Tak akan buat sesuatu yg saya tak tahu, tak akan laburkan masa atau wang pada sesuatu yg saya tak mampu. Satu lagi, saya bukan seorang pemimpi atau suka berangan-angan,”katanya.

Berkongsi lanjut, Maestro & pemuzik terkenal negara ini bagaimanapun percaya, bukan mudah utk seseorang itu mencapai tahap kebahagiaan dalam diri k3rana selain subjektif, ia juga bukan satu ukuran sebuah kesempurnaan.

“Saya kerja dengan dunia seni, jadi saya nampak semua. Manusia ini tdk akan sempurna. Nabi pun tdk sempurna, siapa pula kita bukan? Tapi Tuhan berikan kita akal utk kita mencari mana yg baik & usaha utk meraih kebahagiaan itu.

“Muda ini, mungkin tdk dapat rasa tahap itu. Ia sukar digambarkan. Sebab ada juga orang, yg sudah buat macam-macam, tapi dia masih juga tak bahagia. Di situ awak akan faham bahawa ternyata bahagia itu tdk boleh dibeli.

“Tapi pendek cerita, sebab itulah saya cakap, jangan main api, jangan cari masalah. Sederhana. Pilih ap4 yg awak perlukan & bukan ap4 yg awak mahu,”katanya.

Seiring mendengar kata-kata bijaknya tentang soal hidup, sudah namanya manusia, tentu ada perasaan penyesalan terhadap sesuatu perkara yg tertinggal di belakang ketika meniti perjalanan usia.

Perkara itu tdk dinafikan figura muzik ini. Namun, menyelami isi hatinya mengenai hal ini, dia mengaku tiada guna utk menangisi kesilapan lalu.

“Jika saya pernah menyesali sesuatu dalam hidup? Bagi saya, tdk. Sebab, keputusan dibuat sebelum kita melakukan sesuatu. Sebelum buat, mesti awak berfikir panjang bukan? Kalau saya salah buat tafsiran, biasanya saya akan cuba belajar & perbaiki utk tdk ulangi lagi.

“Selalunya, setiap kesalahan itu boleh diperbaiki. Bukan disesali sahaja sepanjang waktu. Benda sudah berlaku. Kita jadikan ia satu peringatan & tauladan dalam hidup. Tak akanlah nak kecil hati selamanya?

“Bagi saya, usah duduk berlama-lama dalam keadaan negatif itu. Tapi, ada satu yg kita tak boleh kata ap4. Jika kesilapan itu dikategorikan sebagai takdir atau bencana alam. Contoh, perihal perceraian saya. Itu kategori bencana alam, takdir,” katanya sempat berseloroh.

Tak ada identiti? Kita tak rekod

Larut bercerita mengenai perihal industri, bagi Tok Ram, suasana kini sangat berbeza dengan ap4 yg dilaluinya pada zaman muzik analog.

Ini k3rana pengamal seni muzik zaman itu memberi keutamaan pada kerja dahulu sebelum memancing populariti yg mana, ia menjadi faktor penting dalam memastikan seseorang artis itu kekal bertahan.

“Dulu, kalau orang macam kami ini nak uji bakat, sampai ke urat hijau kita tengok. Maksudnya, betul-betul buat sebab nak pastikan artis itu mampu bertahan lama. Kalau ada identiti, berwibawa, kemudian dengan bakat yg ada barulah kami bawa utk merakamkan lagu.

“Kalau tiada identiti, menyanyi sama saja macam sedia ada, kita tak akan rakam. Itu sebab artis dulu sangat kuat. Mereka sudah ditapis. Dulu, RTM ada gam lagu atau orang kan jika tdk sesuai? Sekarang ap4 pun boleh.

“Kalau tak boleh, artis ini ada pilihan lain, iaitu platform Youtube misalnya. Itu sebablah tahu-tahu sahaja ramai artis baru muncul,”katanya.

Membawa­nya kepada topik kualiti lagu yg kini bagaikan sambil lewa dihasilkan segelintir pemuzik namun melata bermain di corong radio atau ikutan ramai, dia juga mengaku menyedari situasi ini.

Pun begitu, berbalik kepada prinsipnya utk tdk memperlekehkan hasil karya orang lain, Tok Ram bertegas dia tiada sebab utk mudah mengkritik soal ini.

“Ada yg kritik & tergamak melabel lagu atau penyanyi dalam kategori ini sebagai sampah. Saya tak akan cakap begitu.

“Berbalik juga kepada peredaran zaman analog ke digital tadi. Sekarang kemudahan ada, semua tertumpu pada digital yg kemudiannya mewujudkan situasi ini. Puncanya, tiada penapisan berlapis.“Itu dilakukan oleh pengamal industri sebelum ini, sebab itu tak mudah jadi penyanyi atau pemu­zik,”katanya.

Memberikan contoh Misha Omar sebagai artis acuannya dibuat sepenuhnya oleh syarikat rakaman, Tok Ram menganggap pentingnya syarikat rakaman dalam memainkan peranan menjaga kualiti artis di bawah naungan mereka.

“Dia antara barisan artis yg masih ikut prosedur dulu, penapisan yg ketat. Tengoklah lagu Sampai Bila itu. Kualitinya bagaimana? Misha usianya sudah 40 tahun & boleh menyanyikan lagu itu sehingga jadi hits. Bukan satu perkara main-main.

“Itu menunjukkan syarikat rakamannya & pasukan di belakang Misha itu begitu teliti. Baik dari aspek menjaga kualiti artis, muzik, lagu termasuk seni kata karya itu,”ujarnya menutup bicara.

Siapa pelapis ganti Tok Ram?

Dalam santai, soalan seperti berikut sengaja diajukan kepada lelaki ini. Dalam konteks, ingin melihat ap4 pandangannya tentang potensi pemuzik yg mampu menggalas kerusi yg sama pada kedudukannya dalam industri kini.

Ini k3rana, rata-rata orang industri muzik, cukup tunduk & hormat pada Tok Ram, menjadikannya pusat rujukan & mengambil setiap kata-kata & ilmunya dengan penuh hemat & cermat.

Jika anda merasakan dia akan tersenyum lebar mendakap rasa bangga, anda barangkali silap. Tok Ram, ada jawapan utk pandangan sedemikian.

“Dari segi ap4 orang tengok saya begitu? Saya tak rasa pun diri di atas. Sebenarnya, ramai orang yg lebih bagus. Saya ini, biasa saja. Ini fakta. Saya tak akan pernah merendahkan orang lain.

“Kalau awak tengok, saya ini tak pergi sekolah tahu. Sekolah muzik pun saya tak pergi. Tapi, saya seorang peniaga, pengamal bunyi & visual komersial. Datuk Ahmad Nawab, Datuk M.Nasir, ini orang peniaga muziklah macam saya.

“Saya duduk dengan mereka ini semua & belajar banyak tentang muzik komersial. Bila duduk di arus perdana, itu sebab orang kata saya dilihat seperti tiada galang ganti. Padahal, banyak lagi pemuzik lain yg bagus-bagus, cuma mereka tdk mengkomersialkan diri. Dari segi pengalaman, sama,”katanya.

Dalam merendah diri, Tok Ram juga mengaku, bukan senang utk dia sewenang-wenangnya memperkatakan atau memperlekehkan hasil kerja muzik orang lain k3rana sedar, terdapat ramai orang yg mahu merebut peluang berada dalam dunia muzik komersial.

Cuma, baginya, sesetengah daripada mereka gagal utk memikirkan kualiti pada sesebuah karya yg dihasilkan & fokus pada hasil jualan semata-mata.

“Kalau hendak cakap pasal industri muzik kita sekaranglah, situasi seperti itulah yg banyak berlaku. Ramai tak fikirkan kesan hari esok. Lihat & dengar kata-kata ini sebagai nasihat. Seni tak pernah menipu & kita tak boleh tipu pada seni.

“Nak jadi orang seni, saya berani cakap, rata-ratanya jujur & sangat telus. Kalau bulat, bulatlah ia. Kalau empat segi, itulah ia. Kalau tiada kejujuran dalam diri & kerjaya, ap4 yg awak tengah lakukan itu?

“Bila dah sampai satu masa, 47 tahun dalam industri macam saya, benda ini sudah jadi sebati & kelaziman dalam cara hidup,”katanya.

Berkongsi lanjut, kata Tok Ram, bahkan k3rana ketelusan dalam berkata-kata jugalah maka orang mengandaikan dirinya garang sehingga ada yg gerun utk menuntut ilmu darinya.

“Tak adalah begitu. Sebenarnya, saya ini banyak kawan sampai ada yg pelik. Satu sikap saya, tak suka menipu orang. Itu nombor satu. Kalau saya cakap A, A lah. Saya juga tak akan cakap benda yg akan menyakitkan hati orang.

“Satu kelebihan orang seni ini, mereka berada di kedudukan kehidupan fitrah manusia. Kalau awak tengok M.Nasir contohnya. Hairan tak, dia boleh fikirkan karya, yg orang lain tak nampak pun sudut itu.

“Itu sebab dia nampak fitrah manusia. Dia masuk dari segala pelosok kehidupan yg sama dengan saya sebagai orang seni. Dan kita bukan orang yg peduli dengan kamera. Terma kami, biar kamera yg cari kami,”katanya.

Jangan lupa komen yg baik baik sahaja ya.

Sumber: Tiktok, utusan

artikel dari petikan http://limauasamboi.pw/2022/02/kamu-tak-ada-hak-m4rah-dia-rakaman-kak-ogy-bertikam-lidah-dgn-dato-ramli-ms-kembali-tular/

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.