Ketika memandu di jalan raya & lebuh raya di Malaysia ini, sudah pasti kita terjumpa dengan pelbagai jenis papan tanda dengan beraneka jenis warna.
Selalunya kita hanya tahu membaca sahaja tanpa benar-benar memahami maksud di sebalik jenis-jenis papan tanda tersebut.
Ada yg berwarna hijau, biru, maroon dengan pelbagai jenis warna tulisan & singkatan lagi yg digunakan utk rujukan pengguna jalan raya.
Kadang-kadang, kita juga seolah-olah berasa amat yakin, tetapi bila ditanya oleh anak-anak, mula menggelabah nak jawab sebab sebenarnya kita sendiri pun tak pasti, kan?
Terima kasih kepada Altimat Auto Garage yg telah membuat perkongsian yg amat berguna ini di laman Facebooknya utk kemudahan kita bersama.
– Tangkap layar dari Facebook Altimat Auto Garage
Ketika sedang memandu terutama di jalan-jalan utama, kita akan lihat pelbagai jenis papan tanda dengan berbagai warna. Kadang-kadang kita tertanya-tanya ap4 maksud warna pada tulisan & papan tanda ini?
Okey, jom kami kongsikan maksud warna utk beberapa papan tanda yg sering kita lihat.
Papan Tanda Biru
Papan tanda ini menunjukkan anda sedang memandu dalam laluan tanpa tol sama ada atas jalan raya persekutuan, negeri atau perbandaran.
Papan Tanda Hijau
Ini pula papan tanda yg menunjukkan anda sedang memandu dalam laluan bertol atau lebuh raya.
Huruf ‘E’
‘E’ ialah singkatan kepada perkataan Expressway, iaitu lebuh raya. Huruf ‘E’ bertujuan memaklumkan yg anda sedang atau akan memasuki laluan lebuh raya.
Nama Kuning
Tulisan kuning pada papan tanda biru utk nama jalan.
Nama Putih
Tulisan putih papan tanda biru utk nama bandar & kawasan.
Nama Putih, papan tanda Maroon
Bermaksud destinasi perlancongan.
Nama kuning, papan tanda hijau
Bermaksud utk bangunan Kerajaan.
Ada banyak lagi maklumat berkaitan papan tanda yg kita perlu tahu. Insya-Allah kami akan kongsikan pada muat naik kami yg akan datang.
Selain berkongsi hal-hal berkaitan teknikal kereta, kami juga akan kongsikan info umum yg berkaitan & bersesuaian agar kami lebih pelbagai dalam memberi informasi.
Semoga bermanfaat.
#altimatautogarage #altimatbengkelkereta #Bengkelkeretapilihan #infotips
BACA: ‘Banyak Brand Besar’ – 100 Papan Iklan Sepanjang Lebuhraya PLUS Didapati Tiada Lesen
Sumber: Altimat Auto Garage
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Thepostbd.com tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.
Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.