Home / Semasa / Prihatin nasib keluarga susah, Altimet sertai NGO bantu ringankan beban

Prihatin nasib keluarga susah, Altimet sertai NGO bantu ringankan beban

Meskipun sibuk bekerja di belakang tabir, ia tdk menghalang penyanyi rap Altimet utk menyertai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kita Keluarga Malaysia (KKM), baru-baru ini.

Menerusi posting di laman Instagram, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman berkongsi rasa prihatin apabila dapat meringankan beban dua keluarga di Bentong, Pahang pada 17 Februari lalu.

 

Difahamkan, salah seorang penerima iaitu Pusapavally yg kehilangan kaki kiri & mengalami kecacatan penglihatan pada mata sebelah kanan akibat kencing manis.

Simpati dengan ketidakupayaan itu, pihak KKM mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan barangan dapur & kerusi roda kepada wanita berusia 56 tahun tersebut.

 

Selain itu, pihak KKM juga tampil membantu seorang lagi penerima Sarah Mat Saman yg juga mangsa banjir pada awal tahun ini dimana mengalami kerosakan perabot, namun dia tetap tabah berdepan ujian Allah SWT.

Jelas riak wajah wanita berusia 56 tahun itu kembali gembira apabila menerima peralatan asas & kelengkapan rumah seperti bantal, tilam & almari setelah terjejas akibat bencana berkenaan.

Altimet berkata, dia mula berminat utk bekerjasama dengan KKM selepas membaca ciapan di laman Twitter sekali gus menyokong sepenuhnya usaha murni dijayakan oleh NGO terbabit.

Saya kongsi utk maklumkan tentang sumbangan korang yg kami dah salurkan. Terima kasih.
“Masih ada lagi saudara saudara kita yg perlukan pertolongan. Mana yg kami mampu, kami gerakkan,” kata penyanyi lagu Amboi itu.

Sumber:Omm

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.