Home / Semasa / 10 Tanda Anak Kita Sangat Takutkan Kita | MyBlog

10 Tanda Anak Kita Sangat Takutkan Kita | MyBlog

Memang tdk dapat dinafikan, zaman sekarang ini, cara utk membesarkan anak memang jauh lebih mencabar berbanding zaman dahulu.

Perangai kanak-kanak zaman sekarang juga memang jauh berbeza dengan perangai kanak-kanak di zaman ibu bapa mereka membesar dahulu.

Dengan peranti & gajet serba canggih, bermacam-macam dugaan & pengaruh tdk baik kini hanya berada di hujung jari mereka sahaja.

Ibu bapa kini perlu tegas, tapi risau juga kalau garang sangat, silap-silap anak itu tak pasal-pasal jadi ‘lembut’ pula. Kalau dah terlalu banyak bagi muka, besar nanti entah-entah jadi ‘gengster’ pula.

Menurut perkongsian yg dibuat oleh Taufiq Razif di Facebooknya, walaupun garang & tegas, kasih sayang ibu bapa perlu seimbang agar anak itu tdk sampai takutkan ibu bapa sendiri.

Terdapat 10 tanda yg menunjukkan anak sangat takutkan ibu bapa. Oleh itu, menurutnya lagi di ruangan komen, ibu bapa tdk boleh terlampau bagi muka (permissive) & tdk boleh juga terlampau keras & mengikat (authoritarian).

10 tanda yg disenaraikan beliau ini juga mungkin pernah kita alami sendiri satu ketika dahulu.

Soalnya ialah, adakah anak kita juga perlu lalui pengalaman yg sama?

Perlukah anak kita sangat takutkan kita?

Tangkap layar dari Facebook Taufiq Razif– Tangkap layar dari Facebook Taufiq Razif

10 Tanda Anak Kita Sangat Takutkan Kita

Dia jadi tak selesa nak pandang anak mata kita.
Dia jadi lebih selesa meluahkan masalah dengan kawan-kawannya dibandingkan kita.
Perangainya berubah drastik bila melangkah masuk ke dalam rumah.
Dia banyak buat masalah & memberontak di belakang kita secara diam-diam.
Dia banyak tunjukkan ‘microexpression’ wajah penuh ketakutan ketika bersama kita.
Dia lebih memilih utk berbohong daripada bercakap benar ketika ditanya tentang kesalahannya.
Dia lebih banyak berdiam diri & membisu di depan kita walaupun dia seorang yg sangat ceria & extrovert bila bersama kawan-kawannya.
Dia lebih banyak memendam perasaan & tak pandai menunjukkan emosi dia bila berada bersama kita.
Dia lebih suka menghabiskan masa bersama kawan-kawan dibandingkan bersama sama keluarga.
Dia secara diam-diam melepaskan emosi amarahnya kepada adik-adiknya di belakang kita.

Taufiq RazifPercaya bahawa ketegasan, kegarangan & kasih sayang itu perlu seimbangIf your children fear you, they can’t trust you..If they don’t trust you, they can’t learn from you

BACA: AWAS! Unsur ‘Kunyit’ Dalam Filem Dan Rancangan Hiburan Kanak-Kanak Hari Ini

Sumber: Taufiq Razif

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.