Home / Semasa / 15 Gerai Makan MPK Terbakar, Tiada Kemalangan Jiwa

15 Gerai Makan MPK Terbakar, Tiada Kemalangan Jiwa

SHAH ALAM, 24 FEB: Sebanyak 15 gerai makan milik Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Jalan Besar Pandamaran, Pelabuhan Klang dekat sini mengalami kebakaran awal hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata deretan gerai itu terbakar kira-kira 80 peratus namun kejadian tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.14 pagi dan 15 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang serta BBP Seri Andalas tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian bagi operasi pemadaman.

“Anggota bomba dapat mengawal kebakaran dalam tempoh 15 minit dan kebakaran kemudian dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 5.18 pagi,” katanya sambil menambah punca kebakaran sedang disiasat.

– BERNAMA

Kredit : SelangorKini.my

About admin2

Check Also

Kereta Terjun4m Ke Dalam Sungai, J4sad 3 Beranak Ditemui Seakan Berpelukan

Tiga beranak yg dikhuatiri lemas pada petang semalam apabila kereta jenis Proton Persona yg dipandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.