Home / Semasa / 40 Syarikat Sertai Persidangan Halal Pada 4 Mac

40 Syarikat Sertai Persidangan Halal Pada 4 Mac

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni (hadapan, tengah) bergambar bersama peserta Forum Industri Halal Selangor selepas majlis pelancaran Selangor International Halal Convention (Selhac) di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam pada 29 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

SHAH ALAM, 23 FEB: Sebanyak 100 pempamer daripada 40 syarikat menyertai Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) yang dijadual berlangsung pada 4 Mac.

EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni menjelaskan pempamer terdiri daripada enam kluster iaitu makanan, farmasi, kecantikan, pelancongan, fesyen dan bahan halal.

“Persidangan berlangsung selama tiga hari sehingga 6 Mac bermula dari jam 10 pagi hingga 9.30 malam melibatkan tiga komponen iaitu forum, ekspo dan padanan perniagaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual menyempurnakan perasmian persidangan berkenaan pada 4 Mac.

Selhac adalah program anjuran Kerajaan Negeri yang disertai pemain industri dari dalam dan luar negara. Orang ramai dipelawa hadir untuk memperoleh pelbagai maklumat berkaitan industri itu.

Kredit : SelangorKini.my

About admin2

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.