Home / Semasa / Hanya gambar, nama dah boleh jadi bahan utk hantar sih1r’

Hanya gambar, nama dah boleh jadi bahan utk hantar sih1r’

PETALING JAYA – Amalan sihir, santau & ilmu bercanggah ajaran Islam didapati masih banyak diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya di negara ini.

Seorang pengamal perubatan Islam, Syafiq Mujahid membongkarkan taktik dukun dalam menghantar sihir pemisah kepada pasangan suami isteri.

Menerusi perkongsian video oleh @aamer7997 di media sosial, menyaksikan perbualan di antara ustaz tersebut bersama seorang dukun yg dihubungi dengan tujuan meminta pertolongan bagi memisahkannya dengan isteri pertama.

Dalam rakaman tersebut, Syafiq menyamar sebagai seorang pelanggan yg mempunyai dua orang isteri & ingin mendapatkan perkhidmatan dukun berkenaan.

“Saya tak suka pada isteri kedua saya, dia buat hal,” katanya.

Selain itu, dia sempat membuat permintaan agar dibantu ‘tundukkan’ isteri pertamanya agar lebih mematuhi segala arahan & suruhannya.

“Isteri pertama saya ingin bagi dia ‘penunduk’ sebab dia degil,” ujarnya.

Kemudian, dukun berkenaan mengenakan bayaran upah sebanyak RM600 bagi kedua-dua permintaannya itu.

“Satu kali saya kerjakan iaitu bagi isteri pertama tinggalkan kamu, & kedua dia akan tunduk pada kamu.

“Harganya hanya sebanyak RM600 sahaja,” kata dukun tersebut.

Sementara itu, Syafiq turut menanyakan berapa lama tempoh utk sihir tersebut berkesan serta mengenai jenis barangan yg perlu disediakannya.

“Dia ambil masa sekitar dua hingga tiga jam sahaja & nanti isteri akan mula marah-marah & mohon utk diceraikan.

“Kalau utk yg sihir bagi isteri tunduk, dia akan marah-marah kamu juga & minta maaf selepas itu, kemudian dia akan mula tunduk pada kamu,” kata dukun berkenaan lagi.

Tambah dukun tersebut, pelanggan hanya perlu menyediakan gambar & nama mangsa utk diberikan kepada pihak dukun bagi menjalankan proses menyihir.

Lebih menakutkan apabila, dukun tersebut memaklumkan sihir yg dihantar akan terus kekal didalam badan seseorang walaupun telah dibawa berubat.

Dalam pada itu, dukun tersebut sempat mengatakan bahawa sudah ramai pelanggannya dari Malaysia mendapatkan perkhidmatannya dalam menghantar sihir kepada mangsa.

Seterusnya, Syafiq mendedahkan sudah merawat ramai daripada golongan selebriti yg terkena sihir serta gangguan mistik.

Jelasnya, dia menasihati masyarakat diluar sana terutamanya pasangan suami isteri agar tdk terjebak dengan perkara khurafat ini & sebaliknya sering memperbetulkan masalah rumah tangga dengan baik.

Sumber:Kosmo

 

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.