Home / Makanan / Resepi Sambal Tumis Telur

Resepi Sambal Tumis Telur

SAMBAL TUMIS TELUR

Bahan-bahannya:
10 biji telur – direbus hingga masak dan dikupas kulitnya.
6 sudu makan cili kering kisar
1/2 sudu makan asam jawa – dicampur dengan secawan air untuk dijadikan air asam jawa
1 biji bawang besar – dipotong bulat kasar
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
1 sudu makan udang kering
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng telur rebus hingga kekuningan. Angkat dan ke tepikan.
Kurangkan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
Masukkan air asam jawa. Kalau pekat sangat boleh tambah lagi air. Biarkan mendidih.
Masukkan telur dan bawang besar. Kacau rata.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Masak hingga sambalnya agak pekat.
Tutup api. Hidangkan.

Kredit : Resepi Sedap

About admin2

Check Also

Resepi Nasi Ayam Sedap, Suri Rumah Wajib Cuba

Siap dah nasi ayam memikat hati suami ni😋 Saya share resepi nasi ayam ye Ayam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.