Home / Makanan / Resepi Telur Masak Kicap

Resepi Telur Masak Kicap

Telur Masak Kicap

BAHAN-BAHANNYA smile emoticon
5 biji telur, digoreng mata kerbau (atau apa2 mata lahhh….)
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris serong
Sedikit soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 cawan air
1/2 cawan kicap manis (mat guna Jalen)
1/2 camca besar sos tiram
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh cuka makan
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA smile emoticon
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bawang putih, serbuk lada hitam dan sos tiram, kacau rata dan tuang air. Masukkan kicap dan cuka. Biar mendidih.
Masukkan telur, lada merah hiris dan soo hoon (toskan dahulu). Kacau perlahan2 dan kecil kan api. Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang sebelum dihidang. Sedap dimakan bersama nasi putih..

Kredit : Resepi Sedap

About admin2

Check Also

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur

RESEPI MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN KUKUR Bahan2 2 cawan kulat sisir / kulat kukur …

Leave a Reply

Your email address will not be published.