Home / Semasa / Tak Dapat Mandi Air Kena Potong, Lelaki Ini Sengaja Bawa Tabung Tin Biskut Penuh Syiling 5 Sen Untuk Bayar Bil | MyBlog

Tak Dapat Mandi Air Kena Potong, Lelaki Ini Sengaja Bawa Tabung Tin Biskut Penuh Syiling 5 Sen Untuk Bayar Bil | MyBlog

Sektor perkhidmatan awam sering mendapat teguran & maklum balas dari orang ramai berkaitan dengan mutu & kualiti yg ditawarkan.

Demi memberikan perkhidmatan yg terbaik, mereka dilatih utk akur & melayan sahaja kehendak pelanggan yg datang dengan pelbagai ragam & karenah.

Seorang pelanggan Syarikat Air Terengganu (SATU), baru-baru ini benar-benar menguji kesabaran pekerja-pekerja di kaunter pembayaran setelah beliau hadir membuat kejutan utk membayar bil dengan membawa tabung tin biskut.

Kisah ini dikongsi oleh beliau sendiri melalui ciapannya di Twitter yg memberi pengajaran & iktibar utk orang ramai agar tdk terburu-buru mengikut perasaan & betapa pentingnya sikap profesional di kalangan kakitangan kerajaan.

Untuk kesan lebih dramatik, pembaca disarankan agar membaca & cuba memahami dulu ciapan asal beliau berikut yg pekat dengan dialek Terengganu.

Tangkap layar dari Twitter @itehii– Tangkap layar dari Twitter @itehii

Hari Ahad baru-baru ni aku pergi bayar bil air di pejabat SATU, sebab keluar surat ‘merah’ & dah kena potong. Berapa bulan entah tak bayar, jumlah dia ada la dalam RM214.60 seingat aku. Aku bawa tabung biskut yg aku isi syiling 5 sen tu, letak atas kaunter, lepas tu tinggalkan nombor telefon.

Aku beritahu pada staf SATU, “Oh, korang ni time tak ada air lambat bertindak, time nak potong air rumah orang, laju je hantar orang buat kerja. Ha, encik pakat kiralah berapa ringgit, saya nak pergi mandi.” Lepas orang gomen rehat, dalam pukul 2.30 macam tu aku sampai, masih terdapat tiga orang sedang mengira.

Muka bengang je aku tengok semua. Hahaha. Lepas selesai semua tu, ada seorang tu yg tua nak pencen sangat dah, dia sound slow je pada aku, “Awang, tak eloklah buat begini pada kami ni, melampau sangat bagi duit 5 sen dekat RM180.” Jaga yg berdiri di pintu terus datang menuju ke arah aku & suruh aku balik.

Sebelum keluar dari pintu depan pejabat SATU tu, aku sengaja buat loudspeaker telefon orang rumah suruh buka paip sink ada air ke tdk. Pegawai SATU tu boleh pula beritahu pukul 5 kejap lagi baru ada air. Natang ap4 aku dah bayar pukul 3 lebih, nak drag lagi? Jenis buat kerja bangang macam tulah. Lepas tu aku blah.

Baru je aku lepas keluar sikit dari pintu, dalam beberapa langkah je baru nak ke kereta yg parking di luar, aku patah balik masuk dalam. Jaga tadi masa tu dah tak ada entah ke mana, aku pun masuk bodoh macam tu je la. 3 orang pegawai tadi terkejut habis sebab cuak tengok aku laju masuk semula.

Aku masuk je dalam tu tak sempat cakap ap4 pun lagi, 3 orang pegawai terus pakat bangun menuju ke arah aku konon nak jaga keadaanlah tengok aku begitu. Aku kata, “Relakslah encik, jenis cuak semua ni kenapa ntah, saya datang semula nak ambik tabung tadi tu je, saya terlupa tadi”.

Lepas tu mereka semua macam rasa lega bila aku berkata begitu sambil mengukir senyuman. Lepas tu pakat gelak semua yg ada di situ dengan jaga tadi pun ada semula, masa bila entah tahu-tahu ada suara dia gelak sama. Kecuali seorang makcik ni je yg duduk atas kerusi tengah cakap telefon & nampak blur-blur.

Lepas seorang pegawai ni hulur semula tabung aku, sebelum aku blah, aku salam minta maaf pada semua. Cuma makcik tu seorang je aku buat-buat tanya urusan ap4. Makcik tu lagi stail, datang pejabat SATU nak bayar air, tersalah bawa surat Tabung Haji pula. Tengah tunggu anaknya datang bawakan bil. Stail lagi makcik ni.

Aku rasa nak tergelak lepas dia ceritakan begitu. Mujur dekat je sebab anaknya dari Pulau Kambing sahaja. Aku cakap, “Kejap lagi sampailah anak tu, relaks dulu, duduk dulu makcik dalam aircond sambil tengok TV”. Makcik tu sempat lagi berpesan, “Dah tua-tua begini biasalah awang ya, jadi tak ingat”. Sembang banyak pula makcik ni, aku nak cepat balik mandi ni.

Sumber: Twitter – samad tiongmen (@itehii)

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.