Home / Semasa / “Dia Datang Naik Myvi Je” – Pengajaran Dari Sebuah Kisah ‘Reunion’ Sekolah Dengan ‘Plot Twist’ Yang Tidak Dijangka | MyBlog

“Dia Datang Naik Myvi Je” – Pengajaran Dari Sebuah Kisah ‘Reunion’ Sekolah Dengan ‘Plot Twist’ Yang Tidak Dijangka | MyBlog

Menghadiri majlis perjumpaan semula sekolah atau ‘reunion’ semestinya meninggalkan satu pengalaman yg manis buat semua.

Ketika inilah rakan-rakan yg telah lama terpisah dapat bersua kembali, malah bibit-bibit cinta pertama zaman sekolah juga bisa berputik semula.

Namun, ada juga segelintir yg berperangai gemar menunjuk-nunjuk & suka menayangkan kemewahan mereka kepada orang lain.

Mereka ini juga lebih suka membandingkan kereta siapa lagi mewah, rumah siapa lagi besar, suami siapa lebih berpangkat, bini siapa lagi ramai, anak siapa lagi comel & macam-macam lagi.

Melalui Facebook, Shaari Anuar telah berkongsikan satu kisah pengajaran yg sangat berguna yg telah dialami sendiri oleh seorang pelanggannya 10 tahun yg lalu.

Mereka yg gemarkan ‘plot twist’ ala-ala filem M. Night Shyamalan atau pengakhiran filem The Usual Suspects (1995) ketika identiti Keyser Söze didedahkan pasti menyukai kisah perkongsian Shaari Anuar ini.

Tangkap layar dari Facebook Shaari Anuar– Tangkap layar dari Facebook Shaari Anuar

Ramai je dari kita yg pergi kenduri kahwin, gathering, dengan niat berlumba-lumba utk menonjol siapa paling kaya & berjaya.

Dan mereka cari networking yg sesuai dengan mereka, utk berbusiness semata-mata.

Dengan bahasa lain, mereka cuba berkawan dengan bersyarat.

Teringat cerita salah seorang client Public Mutual saya ni, cerita 10 tahun lepas.

Dia ada shared dengan saya, & segar di memori saya, utk dijadikan pengajaran utk saya juga.

Katanya, rakan-rakan sekolah, ada buat perjumpaan reunion.

Lebih 30 tahun mereka tak berjumpa, then dia orang plan buat gathering.

Time gathering tu, biasalah masing masing beritahu career masing masing,

Turn dia, dia cakap, dia dah tak kerja sebab VSS & niaga kecil-kecilan.

Katanya, memang nampak layanan berbeza, yg ada pangkat, yg join politik, memang rancak diberi keutamaan.

Kalau yg biasa-biasa tu, setakat layan lebih kurang, ambil syarat tanya khabar je.

Time nak balik, yg ada pangkat ni masing masing tukar kad, tukar-tukar nombor, & siap hantar ke lobby, tunggu budak valet hantar kereta.

Time dia, tak ada yg beria-ria nak tanya itu ini, termasuk kawan baik dia dulu-dulu.

Sebab, dia datang naik Myvi je.

Tapi yg banyak melayan dia ialah bendahari utk event tersebut.

Tak habis-habis dia ucap terima kasih & hantar sampai ke lot parking.

Literally, dia ucap terima kasih tu, sebab client saya ni contribute 50% dari kos event kat hotel tersebut.

Tanpa orang lain tahu, except bendahari tu.

Dan dia orang tak tahu, memanglah dia ambil VSS, tapi masih jadi penasihat.

Corporate Advisor.

Dan ada share dalam anak syarikat company construction yg terkenal ni.

Kereta Myvi dia pakai tu, kereta anak dia yg bawa pergi ke kolej.

Sebelum berpisah, dia sempat beritahu pada rakan bendahari tu.

Alangkah indahnya zaman mereka budak-budak dulu.

Masing-masing tak ada ap4-ap4.

Berkawan tanpa bersyarat, tanpa memikirkan utk project & tender.

Sama-sama cover each others, bila buat kesalahan.

Semua jujur & ikhlas. Tanpa letak ap4 syarat.

Saya ambil pengajaran dari cerita client multi millionaire saya ni.

Pi mana-mana nak berkawan dengan semua level, ok je.

Tapi, kalau yg negative, complaint itu ini, saya minta diri cepat-cepat la.

Sebab, penat otak nak handle.

Shaari Anuar II

BACA: Kenapa Ada Orang Tak Suka Datang ‘Reunion’ Sekolah? Balik-Balik Muka Sama

Sumber: Shaari Anuar

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda | Article Update

Sememangnya kes buli yg serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.