Home / Semasa / Dua anggota APM maut kereta langgar belakang treler | MyBlog

Dua anggota APM maut kereta langgar belakang treler | MyBlog

MARAN: Dua maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta dinaiki melanggar bahagian belakang sebuah lori treler di Kilometer 142.8 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini hari ini.

Dua mangsa yg maut anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) iaitu pemandu kereta jenis Proton Wira, Muhammad Nur Izzuddin Mohd. Razali, 21, & penumpang hadapan, Siti Fairuz Adnan, 28.

Ketua Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 2.55 petang itu berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan & melanggar bahagian belakang sebuah treler yg berada di lorong perlahan.

“Akibat kemalangan, pemandu & penumpang hadapan kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang belakang cedera. parah,” katanya.

Menurut Kamarulzaman, mangsa yg maut dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh utk bedah siasat manakala mangsa yg cedera dirawat di hospital sama.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 & siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dua lorong satu hala & semasa kejadian cuaca hujan & permukaan jalan basah.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yg disyaki memandu secara cuai & melulu dalam cuaca hujan lebat sehingga terbabas & menyebabkan kemalangan,” ujarnya. – UTUSAN

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Syamsul Yusof, pecɑh panggung! filem Mat Kilau tembusi angka RM39.2 juta!

FILEM epik Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof yg mula ditayangkan di negara ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published.