Home / Semasa / Pelakon veteran, Margaret Gan peluk Islam pada usia 79 tahun | MyBlog

Pelakon veteran, Margaret Gan peluk Islam pada usia 79 tahun | MyBlog

Alhamdulillah. Ternyata hidayah itu milik Allah diberikan kepada hambanya yg terpilih. Lebih separuh abad mengabdikan diri dalam dunia seni, pada usia 79 tahun, pelakon veteran Margaret Gan yg sering menghiasi kaca televisyen (TV) dalam drama menyentuh hati pada era 1980-an, beroleh hidayah utk melafazkan dua kalimah syahadah.

Pada 15 Februari lalu, dalam suasana penuh emosi, Margaret yg sudah biasa dengan kehidupan orang Melayu & amalan umat Islam sejak zaman persekolahan, memeluk Islam di hadapan anak tunggalnya, Mohd Taufik Gan, 36.

Mohd Taufik terlebih dahulu mengucapkan dua kalimah syahadah ketika menuntut di universiti, kira-kira 20 tahun lalu.

Berkongsi cerita, Margaret yg manis berhijab mengaku Mohd Taufik tdk pernah mendesak agar mengikut jejak langkahnya memeluk Islam.

“Sebenarnya, hati sudah lama terdetik memeluk Islam. Anak tdk pernah mendesak. Cuma sekali-sekala dia bertanya bila saya mahu peluk Islam.

“Minggu lalu, tiba-tiba saya terus bersetuju apabila dia bertanya lagi.

“Saya meminta dia menguruskan hal berkaitan pengislaman. Anak memang terkejut mendengarkan kata-kata yg keluar dari mulut saya hingga berkali-kali dia bertanya, apakah betul keputusan yg saya ambil.

“Taufik menangis terharu dengan keputusan ini (peluk Islam). Mungkin dia sudah lama menantikan saat cukup bermakna ini,” katanya di majlis anjuran Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM) di ibu negara, baru-baru ini.

Margaret berkata, Taufik mengajarnya melafazkan syahadah & merakamkan video pada detik itu di kediaman mereka.

“Taufik kemudian menghantar rakaman video kepada seorang ustaz yg tdk sempat datang ke rumah kami.

“Insya-Allah, kami akan pergi ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) minggu depan utk urusan selanjutnya,” katanya.

Margaret yg dilahirkan di Batu 6, Jalan Klang Lama, Petaling, mengaku sudah biasa dengan amalan hidup orang Islam terutama sejak Taufik menjadi muslim.

Ketika anaknya menyuarakan hasrat memeluk Islam, Margaret tdk menghalang, sebaliknya, meminta dia memikirkan keputusan itu sebaik-baiknya.

Margaret menasihati Taufik agar tdk ‘hangat-hangat tahi ayam’ k3rana menyedari ada ramai saudara-mara yg tdk menjalankan tanggungjawab sebagai orang Islam sebaik-baiknya selepas melafazkan syahadah.

“Saya tdk halang. Saya minta Taufik jangan buat separuh jalan. Ada saudara-mara yg masih mengamalkan cara hidup lama walaupun sudah beragama Islam.

“Walaupun anak sudah memeluk Islam, kami tinggal bersama. Soal makan & sebagainya tdk menjadi masalah k3rana ap4 yg anak masak, itulah yg saya makan.

“Sehinggalah apabila anak berkahwin & memiliki dua cahaya mata, kami terus tinggal sebumbung walaupun berbeza agama, sebelum ini.

“Saya juga sudah biasa melihat mereka bersolat & mengamalkan gaya hidup Islam. Jadi, tdk sukar utk saya melafazkan syahadah,” katanya.

Berkongsi mengenai penampilan yg kini bertudung, pelakon filem 29 Februari itu berkata, Taufik menggalakkan agar dirinya berhijab.

“Taufik beritahu jika saya mahu berlakon, saya perlu bertudung. Jika tdk, dia tdk galakkan saya berlakon tanpa memakai hijab.

“Saya tiada masalah utk bertudung k3rana sudah biasa melihat menantu & cucu berhijab.

“Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang. Lagipun, umur saya menginjak 80 tahun pada 2023. Jadi, tiada ap4 lagi yg perlu saya tunggu,” katanya yg mengekalkan nama sama.

Nama sebenar, Gane Ee Kek & memulakan karier lakonan secara tdk sengaja pada usia lewat 20-an apabila sebuah syarikat produksi mencari pelakon berbangsa Cina.

Drama pertama lakonan adalah Kemarau Di Hujung Daun sebagai pelakon tambahan. Ini disusuli Dengan Keringat Aku Ingat dengan peranan lebih besar.

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Masih Ingat Noor Farhan Bekas Suami Abby Abadi? Begini Kehidupannya Sekarang

Selepas pencera1an dengan suami Norman Hakim, Abby Abadi telah menemui pengganti. Noor Farhan Che Bakar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.