Home / Makanan / Resepi Bun Sardin Dan Mini Sosej Bun

Resepi Bun Sardin Dan Mini Sosej Bun

Buat roti utk minum petang.
Bun sardin & mini sosej bun.

RESEPI BUN SARDIN

1/2 kg tepung
1¼ cawan air suam
1 paket mauripan
2 sudu marjerin
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
2 sudu gula
** tambah 1/2 sudu teh
bread improve (jika ada)
untuk roti lebih lembut

INTI
1tin kecil sardin
1 bawang besar holland- cincang
2 sudu cili blend bersama bawang
1/2 sudu teh garam
1 sudu geh gula
1 sudu minyak

1. Masak inti dahulu. Panaskan minyak & tumis bawang holland cincang. Masukan cili kisar hingga garing. Tambah sardin lenyek tanpa sos. Tambah garam/gula & masak hingga kering. Sejukkan

2. Bancuh yis dengan 1/4 caaan air & 2 sudu gula. Biar 10 minit hingga berbuih. (Jika tidak berbuih, mungkin yis sudah mati & sila ganti yis barul

3.Gaul tepung dengan susu, marjerin, garam & masukkan bancuhan yis

4.Tambah air sikit demi sikit sambil diuli hingga lembut. Lebih kurang 1/2 jam

5. Rehatkan 20 minit

6. Bulat-bulatkan dough sebesar bola pingpong & sikan setiap bebola dengan inti sardin

7. Susun dalam tray & biar dough naik selama 1/2 jam

8. Panaskan oven 180° selama 10 minit & masukkan tray roti & bake lebih kurang 20 minit

9. Bila masak angkat & sapu butter pada permukaan roti.. Biar sejuk

Kredit : Eniza M. Salim

About admin2

Check Also

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur

RESEPI MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN KUKUR Bahan2 2 cawan kulat sisir / kulat kukur …

Leave a Reply

Your email address will not be published.