Home / Makanan / Resepi Kek Coklat Moist Lapis Cheese

Resepi Kek Coklat Moist Lapis Cheese

Resepi Kek Coklat Moist Lapis Cheese

Bahan Untuk Kek Coklat :

80 gm serbuk koko
140 gm gula kastor
250 gm mentega
200 gm susu segar
120 gm susu pekat
125 gm tepung gandum
40 gm horlicks
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur (gred A)

Bahan Untuk Lapisan Cheese :

250 gm cream cheese
100 gm coklat masakan putih
2 biji telur (gred A)
30 gm tepung gandum/superfine

Caranya :
Terlebih dahulu panaskan kukusan.

Cara untuk kek :
Masukkan serbuk koko, susu pekat, susu segar, mentega dan gula ke dalam mangkuk dan masak dengan kaedah double boil. Bila semua bahan cair, matikan api dan biarkan ia sejuk sebentar.
Ayak tepung bersama soda bikarbonat. Campurkan horlick, kacau serata dan ketepikan.
Pukul telur sehingga berbuih (tidak perlu sampai kembang). Masukkan kedalam sebatian coklat tadi dan dikacau rata.
Tuangkan sedikit demi sedikit dalam tepung sambil dikaupbalik dengan spatula hingga adunan rata dan sebati. Ketepikan.

Cara untuk cheese :
Mula-mula cairkan coklat putih secara double boil, ketepikan.
Pukul cheese hingga lembut dan kembang.
Masuk telur dan pukul lagi sehingga sebati dan kembang.
Masuk pula tepung, dipukul rata.
Dan akhirnya, masukkan coklat putih tadi, pukul sehinga gebu.
Bahaikan kepada 2 bahagian.

Cara Melapis :
Bahagikan adunan coklat kepada 3 bahagian. Tuangkan satu bahagian ke dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit mentega. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.
Kemudian lapiskan pula satu bahagian lapisan cheese dan kukus lagi selama 15 minit. Lakukan proses yang sama sehingga habis adunan digunakan.

Setelah masak biarkan sejuk. Keluarkan daripada loyang dan hiaslah dengan coklat ganache. Penggunaan coklat ganache hanya sebagai pilihan kerana kek ini juga sedap dinikmati begitu saja

Kredit : Resepi Sedap

About admin2

Check Also

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur

RESEPI MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN KUKUR Bahan2 2 cawan kulat sisir / kulat kukur …

Leave a Reply

Your email address will not be published.