Home / Semasa / Sedar Tak Sedar “Telah Lama Sepi Dalam Dunia Lakonan, Sekali Dia Muncul Dah Banyak Yang Berubah

Sedar Tak Sedar “Telah Lama Sepi Dalam Dunia Lakonan, Sekali Dia Muncul Dah Banyak Yang Berubah

Pelakon

 

Sebut sahaja nama pelakon, Saharul Ridzwan pasti sudah begitu diminati peminat drama tempatan dengan hasil lakonannya yang tidak dinafikan sangat baik.

 

Malah drama yang dibintangi pelakon ini sentiasa hangat dibualkan peminat walaupun digandingkan dengan mana-mana pelakon sekalipun.

 

Baru-baru ini, setelah lama menyepi dalam dunia lakonan, Saharul Ridzwan berkata dia kini sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

 

Menurut Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 33, sungguhpun rindu untuk beraksi di depan kamera, namun buat masa ini dia memilih untuk mendekatkan diri kepada Allah.

 

“Saya pun tak tahulah nak cakap, mungkin gerak hati kot buatkan saya nak berubah. Saya nak belajar solat jemaah di masjid serta belajar ikut sunnah Nabi dengan berniaga.

 

“Untuk kembali berlakon, saya okey sekiranya ia tidak melanggar batas. Bukan itu saja, kena juga ambil kira proses itu seperti macam mana nak jaga pandangan mata.

 

“Selain itu bolehkah kita solat tepat pada waktu? Tapi ini adalah kelemahan saya, bukan salah sesiapa,” katanya kepada mStar.

 

Untuk makluman, Saharul Ridzwan dan isteri, Deena Emir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3, dan Fateema Azzahra yang kini berusia dua bulan.

 

Kredit : Media Bumi

About admin2

Check Also

Sering Jalinkan Kerjasama Dgn Bekas Kekasih” Tak Sangka Ini Respon Isteri Awie.

Profesional. Mungkin kalimat itu yg tersemat dalam jiwa penyanyi Datuk Awie apabila perlu bekerjasama dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.