Home / Semasa / Universiti Khas Untuk Perempuan Macam Hotel 5 Bintang, Lihat Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon Untuk Pelajar Malaysia | MyBlog

Universiti Khas Untuk Perempuan Macam Hotel 5 Bintang, Lihat Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon Untuk Pelajar Malaysia | MyBlog

Bagi mereka yg bercita-cita utk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti, ini ada satu lagi pilihan terbaik utk anda pertimbangkan.

Universiti yg dimaksudkan ialah Princess Noura University yg terletak di Riyadh, Arab Saudi.

Kalau nak tahu, inilah universiti terbesar di dunia yg dikhaskan utk perempuan sahaja.

Ya, utk perempuan sahaja. Golongan ‘lembut’ & yg pernah tukar jantina pun tak boleh!

Melalui gambar-gambar yg dikongsikan oleh Mukramah Mohamad di Facebooknya, memang universiti ini nampak macam istana raja & hotel 5 bintang.

Beliau yg juga merupakan seorang pelajar di universiti tersebut sejak 2021 turut membuat perkongsian mengenai pengalaman & kehidupannya di sana.

Khabarnya kini, syarat-syarat kemasukan juga telah dilonggarkan. Yang berminat nak memohon, jom ikuti perkongsian Mukramah Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Kak Qomah berikut.

Tangkap layar dari Facebook Mukramah Mohamad– Tangkap layar dari Facebook Mukramah Mohamad

Sepanjang saya belajar di Princess Noura University, saya selalu dapat soalan-soalan begini.

Kak Qomah macam mana Kak Qomah boleh belajar Princess Noura?

Macam mana cara mohon utk masuk Princess Noura ni?

Betul ke Princess Noura ni universiti perempuan saja?

Saya berminat nak mohon Princess Noura macam mana caranya ya, kak?

 

Jika anda mempunyai pertanyaan yg sama, penulisan, soal jawab & perkongsian ini adalah utk anda!

Sebelum kita bercerita tentang permohonan, meehh Kak Qomah ceritakan dulu tentang ap4 yg ada dekat Noura @ PNU.

Yaaa! PNU ialah sebuah universiti utk perempuan sahaja yg terbesar di dunia.

Keluasan & kapasiti universiti ini boleh memuatkan 60 ribu orang pelajar dalam satu masa.

Fasiliti yg ada pula sungguh lengkap & bertaraf 5 bintang.

Bayangkan bilik tidur pelajar sahaja seperti hotel atau bilik studio yg dilengkapi dengan dapur, peti sejuk, bilik mandi, tandas, televisyen, telefon, peti besi & Internet.

Apatah lagi kemudahan-kemudahan lain yg ada di universiti.

Di universiti ini kami bergerak dari satu bangunan ke bangunan yg lain dengan menggunakan “train”. Train akan sampai ke setiap stesen 1 minit hingga 3 minit sekali. Train ini akan bergerak tanpa henti dari jam 6 pagi hingga 6 petang ke setiap stesen.

Yang menariknya lagi ianya adalah PERCUMA utk semua orang naik.

Kemudahan lain yg ada ialah sebuah pusat sukan yg mempunyai pelbagai kemudahan & alatan sukan. Di dalamnya juga terdapat sebuah kolam renang bersaiz Olimpik.

Untuk menyertai pusat sukan ini, pelajar perlu membayar 250 Riyal utk satu semester. Ataupun 400 Riyal utk satu semester, bagi bayaran 400 Riyal ini ialah bagi pelajar yg menyertai sukan dengan bimbingan jurulatih.

Di PNU ni juga terdapat sebuah perpustakaan yg sangat besar. 6 tingkat semuanya.

Masuk lobi perpustakaan pun dah macam lobi hotel 5 bintang. Kalau pernah nampak gambar kubah besar dalam iklan atau poster PNU haaa itulah perpustakaannya. Berhampiran dengan pejabat atau pusat pentadbiran universiti.

 

2) Betul ke kalau belajar dekat PNU ni biasiswa penuh?

Yaa, betul.

Biasiswa di PNU merangkumi:

1) Duit poket 840 Riyal sebulan

2) Tempat tinggal

3) Yuran pengajian

4) Tiket balik setiap kali cuti musim panas (1 kali setahun)

5) Makanan asrama (1 kali sehari) akan diberikan dalam bentuk kupon makanan.

 

3) Berapa orang pelajar Malaysia ada dekat sana kak?

Ada 4 orang sahaja. 3 orang di peringkat Diploma, 1 orang di peringkat Degree.

Sebab utk mohon ke PNU sebelum ni, memerlukan mahram.

Jadi, kebanyakan yg berminat utk memohon tdk dapat memohon k3rana tdk cukup syarat mempunyai mahram tersebut.

Tetapi, utk permohonan tahun ini, syarat mahram telah dimansuhkan.

 

4) Course ap4 yg ada dekat sana?

Dekat PNU ini ada banyaakkkkk sangat course.

Ada Medic, Dentist, Farmasi, Engineering, Fesyen, Arts, Account & macam-macam lagi lahhh. Adaaa banyakk sangat course.

Tetapi, pelajar biasiswa yg ingin menyambung Degree di sini hanya 2 kos sahaja yg diberikan tajaan iaitu:

Degree Bahasa Arab

Degree Pengajian Islam

Okey, Degree Pengajian Islam dekat sini bagi peringkat Degree dia tak ada Takhasus macam kita dekat Malaysia.

Contoh kalau dekat Malaysia kita ada:

Degree Dakwah & Komunikasi, atau Degree Usuluddin & Multimedia atau Degree Quran Qiraat. Yang tu dekat Malaysia…..

Tapiiii dekat sana tiada Takhasus begitu kecuali di peringkat Master sahaja.

Syarat utk sambung Degree di sini ialah melalui Diploma Bahasa Arab utk Penutur Selain Arab terlebih dahulu selama 1 tahun setengah atau 2 tahun.

Dan melepasi pointer yg ditetapkan iaitu CGPA 4.0 Keatas.

Haaaaaa jangan terkejut pulakk, dengar 4.0 keatas. Pointer penuh dekat sana ialah 5.0, jadi syarat minimum utk sambung degree ialah 4.0 ke atas.

 

Dekat PNU ni ada pengiktirafan MQA tak?

Sebelum ni, syarat utk memohon di PNU sangat susah utk kita pelajar perempuan Malaysia. Kerana syaratnya memerlukan mahram.

Jadi, oleh sebab itu pelajar Malaysia di PNU sangat sedikit.

Dan oleh k3rana itu juga PNU ini masih belum diiktiraf oleh MQA k3rana tdk pernah ada pelajar Malaysia yg grad lagi dari PNU. Dan permohonan pengiktirafan tdk pernah dibuat pun lagi sebelum ini.

 

Lecturer dekat PNU semua perempuan ke?

Oleh k3rana ini merupakan sebuah universiti utk perempuan sahaja, semua kakitangan yg ada adalah perempuan. Bermula dari mak guard, cleaner, technician, lecturer, warden & lain-lain semua perempuan.

Namun, tetap ada pejabat pentadbiran lelaki & beberapa tempat yg ada lelaki. Tapi, mereka tdk dibenarkan masuk ke kawasan perempuan. Jika masuk, mesti dengan iringan pengawal & akan dimaklumkan awal.

Pernah sekali lampu bilik saya problem. Maghrib buat report Isyak dah sampai technicians yg datang baiki. Dann mestilah perempuan! Hebbatt bukan!

 

Betul ke dekat PNU pergi kelas tak pakai tudung?

Betul.

Seperti yg saya bagitahu tadi, semua pekerja adalah perempuan.

Jadi, di dalam kawasan universiti utk kawasan perempuan tdk perlu pakai tudung.

Dan di dalam kelas ketika belajar juga, tak pakai tudung. Mungkin agak janggal bagi kita.

Satu perkara yg saya belajar tentang mereka ini ialah, bagi mereka kalau kita pakai tudung ketika berada di kalangan wanita sahaja. Itu tandanya kita tak selesa dengan mereka atau kita tak percaya dengan mereka.

Percaya atau tdk memakai tudung & jubah di dalam kelas boleh dikira sebagai kesalahan disiplin yg mungkin boleh dikenakan tindakan.

Jadi, sepanjang berada di sana berhiaslah & berdandanlah semahu kamu!

Tapi jangan pulakk dah balik Malaysia lupa nak pakai tudung, tamporr kangg Hahaha. Ghisauu kadang-kadang.

Dan disebabkan pelajar perempuan di dalam universiti tdk memakai tudung jadi, mengambil gambar di dalam kawasan universiti terutamanya gambar perempuan di sana adalah dilarang sama sekali.

 

Betul ke ada anak selebriti Malaysia yg belajar di sana?

Aduhhh ni soalan cepu emas nii.

Jawapannya, tdk ada

Setahu kami, yg datang baru-baru ni hanyalah membuat lawatan sahaja.

 

Bila Kak Qomah buat permohonan utk masuk ke PNU?

Pada tahun 2019, & diterima masuk pada tahun 2021.

3 tahun penantian yg tdk sedikit ujiannya.

 

Macam mana permohonan dibuat?

Melalui link yg diberikan oleh pihak universiti.

Untuk permohonan tahun ini, boleh rujuk di sini:

فتح باب القبول بجامعة الأميرة نورة

للتقديم على الدراسة بنظام المنح الخارجية لغير السعوديات المتقدمات من خارج المملكة للعام الجامعي 1444هـ

https://www.pnu.edu.sa/…/Anno…/Pages/nnouncement595.aspx

Admission is open to apply for study grants external system to non-Saudi for the academic year 1444 AH,

https://www.pnu.edu.sa/…/Pages/Announcement478.aspx…

Sila baca syarat & maklumat yg ditetapkan dengan teliti.

Untuk tahun ni memang syarat mahram telah dimansuhkan tetapi telah ditambah syarat baru iaitu sijil SPM tak boleh lebih 5 tahun.

 

Apa nasihat Kak Qomah bagi yg nak memohon di sana?

Mohonlah! Kami di sini sangat memerlukan & menggalakkan pelajar-pelajar perempuan Malaysia utk memohon masuk ke PNU.

Tapi perlu diingat bahawa PNU masih belum mempunyai MQA. Jadi, selepas mendapat tempat di PNU menjadi tanggungjawab bersama utk sama-sama membuat permohonan & urusan agar PNU dapat diiktiraf di dalam MQA suatu hari nanti.

Kedua, setelah memohon jangan terlalu berharap utk dapat masuk pada tahun yg sama. Kerana pengalaman Kak Qomah sendiri permohonan mengambil masa 1-3 tahun atau paling cepat mungkin 2 tahun.

Jadi sediakan planning A to Z. Kalau tak dapat PNU nak masuk universiti mana? Kalau tengah-tengah belajar dekat universiti lain baru dapat panggilan dari PNU macam mana? Sediakan planning anda sebaiknya.

 

Pengalaman Kak Qomah, proses utk diterima masuk, Kak Qomah dapat 3 e-mel.

E-mel pertama: 2019

E-mel ni mengatakan permohonan telah diterima di peringkat universiti.

E-mel kedua: 2020

E-mel ni mengatakan permohonan telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Saudi.

E-mel Ketiga: 2021

E-mel ni mengatakan permohonan berjaya & akan diberikan surat tawaran serta surat permohonan visa.

Dan yg ketiga rebutlah peluang utk memohon, walaupun mungkin lebih banyak persaingan utk memohon pada tahun ini k3rana syarat & dokumen yg diminta makin memudahkan pemohon.

 

Untuk maklumat lanjut tentang dokumen yg diperlukan boleh rujuk link yg disediakan di atas atau boleh juga merujuk di page Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh.

Selamat memohon!Semoga berjaya!

Mukramah MohamadTanah Merah, KelantanRabu | 23 Februari 202210.30 pagi

Foto Mukramah Mohamad– Foto Mukramah Mohamad

BACA: Universiti Jepun Lancar Fakulti Anime Dan Manga, Kemasukan Pertama Pada April 2021

Sumber: Mukramah Mohamad

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Syamsul Yusof, pecɑh panggung! filem Mat Kilau tembusi angka RM39.2 juta!

FILEM epik Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof yg mula ditayangkan di negara ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published.