Home / Semasa / Volodymyr Zelenskyy, Dari Seorang Pelawak Kini Menjadi ‘Presiden Perang’ | MyBlog

Volodymyr Zelenskyy, Dari Seorang Pelawak Kini Menjadi ‘Presiden Perang’ | MyBlog

Ketika ini, puluhan ribu rakyat Ukraine sedang menyelamatkan diri hingga merentas ke sempadan negara jiran apabila tenteranya bertempur dengan tentera Rusia selepas melancarkan serangan terbesar ke atas negara Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Huru-hara yg berlaku pada hari pertama serangan telah membuatkan Presiden Ukraine menggesa rakyatnya mempertahankan negara mereka & berkata senjata akan diberikan kepada sesiapa yg sedia utk bertempur.

BACA: Konflik Rusia-Ukraine Dan Impaknya Kepada Malaysia

Selain konflik yg tercetus antara dua negara ini, orang nombor satu negara Ukraine iaitu Presiden Volodymyr Zelenskyy turut menjadi tumpuan umum.

Dari pelawak ke pentas politik

Presiden Ukraine Pelawak

Volodymyr Zelenskyy seorang sosok yg mempunyai latar belakang yg unik. Beliau pada mulanya dikenali sebagai seorang pelawak & pelakon komedi & tdk mempunyai sebarang pengalaman dalam pentadbiran kerajaan namun berjaya memenangi pilihan raya 2019.

Peristiwa itu menjadikan beliau satu-satunya atau salah satu daripada kisah individu di dunia yg diangkat menjadi presiden sebuah negara, hanya k3rana popularitinya.

Lelaki berusia 44 tahun ini hanya mempunyai pengalaman politik daripada watak yg dimainkan sebagai presiden dalam rancangan televisyen.

Zelenskyy sebelum ini dikenali dengan rancangan televisyen, Servant of The People apabila membawa watak seorang guru yg menjadi presiden utk menentang rasuah. Nama partinya juga turut sama seperti rancangan televisyen tersebut.

Seperti watak fiksyen itu, dia turut berkempen menentang rasuah selain memberi fokus utk menamatkan konflik dengan puak pemisah di selatan negara itu yg mendapat sokongan Rusia.

Cara berkempen Zelenskyy juga tdk mengikut kaedah tradisional; berdebat atau mengulas isu serius sebaliknya membuat persembahan lawak & menggunakan media sosial utk mendekati pengundi.

Mungkin k3rana siri rancangannya amat mendapat tempat di hati rakyat Ukraine; pada waktu itu rakyat mengharapkan perubahan besar, beliau berjaya menewaskan pencabarnya Petro Poroshenko.

Presiden Ukraine Pelawak

Keputusan pilihan raya Zelenskyy yg bermula sebagai jenaka itu menggambarkan kekecewaan rakyat Ukraine yg kini berdepan dengan pelbagai masalah ketidakadilan sosial, rasuah & perang dengan puak pemisah.

Ditambah pula kini beliau berdepan dengan ancaman peperangan dengan Rusia, yg diketahui sebagai salah sebuah negara yg memiliki angkatan militari terbesar dunia.

Jika sebelum ini hanyalah sekadar berlatarkan program televisyen, kini beliau perlu berdepan dengan realiti lebih-lebih lagi terhadap seorang presiden yg cukup berpengalaman dalam dunia politik & juga seorang perisik KGB, Vladimir Putin.

Sumber: MalaysiaKini, Awani

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kontraktor Diajar Teknik Sebutharga Tiruan, Industri Pembinaan Dilihat Penuh Memualkan | Article Update

Penawaran sebutharga sering dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ingin membuka tender secara terbuka. Peluang tender …

Leave a Reply

Your email address will not be published.