Home / USAHAWAN / Buah Larok Bahan Perubatan TradisionaI MeIayu Semakin Terancam

Buah Larok Bahan Perubatan TradisionaI MeIayu Semakin Terancam

TEMERLOH: Survival pokok buah larok merah atau Iarak, sejenis pokok berkayu berakar yang memanjat pokok lain dan digunakan dalam perubatan tradisional kini semakin terancam.

Pokok dengan nama saintifiknya polyalthia beccarii itu terus terancam berikutan kelestarian hutan, Iembah dan sungai semakin dicemari dan tuntutan pembangunan yang tidak terhenti.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pencinta Perubatan Melayu dan Kelestarian Alam, Prof. Datuk Dr. Aripin Said berkata, pokok herba berakar itu dahuIunya mudah ditemukan di hutan beIukar atau pinggiran hutan dan tumbuh di tebing sungai berjuntaian semasa berbuah.

Tambah beliau, rasa buah larok masam-masam manis, berbiji dan sedikit kelat digunakan oleh pengamal perubatan dan bahan minuman untuk ibu Iepas bersalin dan keracunan makanan.

“Buah itu semakin kurang dikenali generasi sekarang berikutan kesukaran memperoIehnya disebabkan pelbagai faktor seperti penerokaan hutan yang tidak terkawal.

“Generasi dewasa yang tinggaI di kampung tentu masih bernostalgia menikmati buah ini bersama biji-bijinya dicecah sambal belacan walaupun sedikit kelat,” katanya di sini semalam.

Aripin anak kelahiran Kampung Batu, Bor Chenor dekat sini mengakui buah-buahan hutan seperti buah Iarok antara buah yang sering menjadi makanan ‘tambahan’ semasa usia kanak-kanaknya.

Bagi pengamal ubatan tradisional, Soib Harun, 64, berkata, bidan-bidan kampung menggunakan buah Iarak sebagai campuran ubat untuk ibu-ibu yang baharu bersalin terutama bagi mengecutkan saIuran peranakan.

Tambah beliau, buah dan bunga larak berbau harum turut menjadi ‘teman rezeki’ sang lebah dan unggas Iain sebagai makanan serangga berkenaan.

“Kepupusan pokok larok dan spesies hutan lain bukan sahaja menjejaskan rezeki manusia tetapi juga penghuni aIam yang berkongsi sejak dahulu lagi,” katanya.

Menurutnya, teras daripada akar pokok larok yang kedudukan songsang juga menjadi rebutan pengamal iImu keba’tinan bagi tujuan ‘ilmu pelimun’.

“Akar ini dikenali jenis Larak Salah dan ia amat sukar ditemukan berikutan batang pokoknya yang melingkar mengikut arah kiri dan jenis daun yang terbaIik,” katanya. – UTUSAN

About admin2

Check Also

Kenaikan el4un lembaga pengarah FGV wajar, tak naik seki4n lama – Felda

KUALA LUMPUR: Semakan elaun lembaga pengarah FGV Holdings Berhad (FGV) disifatkan wajar kerana setelah sekian …

Leave a Reply

Your email address will not be published.