Home / Semasa / Jenazah tiga beradik rentung dikebumi dalam satu liang lahad | MyBlog

Jenazah tiga beradik rentung dikebumi dalam satu liang lahad | MyBlog

LAWAS: Jenazah tiga beradik yg rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Seberang Kedai di sini lewat malam tadi, selamat disemadikan di dalam satu liang lahad, hari ini.

Kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Salam, di sini, selepas prosedur bedah siasat selesai dijalankan di Klinik Kesihatan Trusan.

Terdahulu jenazah Mohd Hesdi Huzaidi Azrie, 4, & dua abangnya, Mohd Hezmi, 7, & Mohd Hezry Huzaimi, 8, disolatkan di Masjid Besar Darul Ma’amur pada jam 2.15 petang.

Dalam kejadian tragis malam tadi, kesemua mangsa dipercayai sedang tidur ketika kebakaran tercetus & mula merebak di kediaman keluarga tersebut.

Enam anggota keluarga lebih dewasa termasuk kedua-dua ibu bapa serta kakak & abang mangsa terselamat.

Timbalan Pengarah Bomba & Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mayat ketiga-tiga mangsa ditemui ketika proses pemeriksaan dijalankan di tingkat bawah kediaman yg musnah 100 peratus itu.

“Mereka dipercayai jatuh bersama-sama lantai bawah yg runtuh,” katanya.

Mengenai kejadian itu, kata Ling Hii, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.02 malam.

“Jarak antara Balai Bomba & Penyelamat Lawas & lokasi sebenarnya tdk jauh, k3rana ia terletak di seberang sungai.

“Namun kita terpaksa berpusing menggunakan laluan darat iaitu sejauh 17 kilometer & ini memakan masa,” tambahnya lagi.

Begitupun, katanya tindakan pantas pihaknya berjaya menyelamatkan rumah-rumah yg berhampiran daripada turut musnah.

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Gagal Kawal Emosi Ketika Jawab Soalan, Sifu Bisnes ‘Disekolahkan’ Oleh Netizen | Article Update

Seorang sifu bisnes terkemuka yg bertaraf jutawan & mempunyai ribuan pengikut telah ditegur oleh seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.