Home / Makanan / Resepi Ayam Masak Kicap Pedas

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas

AYAM MASAK KICAP PEDAS

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam – garam kunyit dan digoreng hingga masak
1 biji bawang besar – dimayang bulat
1 biji cili merah – potong serong kasar
1 biji cili hijau – potong serong kasar
1 biji karot – dipotong 1 1/2 inci dan dibelah 4
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
6 sudu makan kicap lemak masin
1 cawan air
Sedikit serbuk perasa

Bahan tumbuk:

1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Cili api – ikut kepedasan sendiri

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan kedua2 sos, tumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan karot dan cili hiris. Kacau rata.
4. Masukkan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan kicap dan serbuk perasa. Masak hingga karot empuk.
6. Masukkan ayam goreng dan bawang besar. Kacau rata. Masak hingga bawang layu. Tutup api. Siap

Kredit : Resepi Sedap

About admin2

Check Also

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur

RESEPI MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN KUKUR Bahan2 2 cawan kulat sisir / kulat kukur …

Leave a Reply

Your email address will not be published.