Home / Makanan / Resepi Ayam Tandoori

Resepi Ayam Tandoori

RESIPI AYAM TANDOORI YANG SANGAT SEDAP

Bahan-bahan:(untuk 2 ekor ayam dipotong 4)-saya buat 2 ketul bahagian paha sahaja

Campuran rempah ratus:

1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
3 biji bawang besar
15 ulas bawang putih
2 inci hirisan halia
2 sudu kecil garam
3 biji buah pelaga
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar marjerin-saya tak blend…cuma sapukan pada ayam panas2 setelah ayam masak
2 ikat daun pudina-tak letak sb takde stok
2 biji buah lemon-saya gantikan dengan limau nipis
1 cawan susu cair
2 ikat daun ketumbar
sedikit pewarna merah

Cara membuat tairu:

Potong lemon (saya guna 1 biji limau nipis) dan gunakan 1/2 sahaja.Kemudian perahkan kedalam satu cawan susu cair.Kacau sehingga sebati.Susu akan berubah tekstur.Kalau malas nak buat beli plain yogurt.

Cara membuat bahan perapan:

Campurkan kesemua bahan-bahan rempah ratus ke dalam mesin pengisar.

Perah satu biji lemon ke dalamnya.Kemudian masukkan tairu atau plain yogurt.

Kisar bahan-bahan tersebut hingga sebati.

Kemudian lumurkan bahan perapan pada ayam hingga sekata.

Perapkan ayam didalam beg kedap udara.Hal ini bertujuan untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam.

Perap selama 5 jam.Saya perap semalaman.

Bakar di dalam oven bersuhu 170C selama 1 jam.Kalau nak cepat,boleh goreng seperti biasa atau guna pemanggang ajaib..siap

Kredit : Resepi Sedap

About admin2

Check Also

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur

RESEPI MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN KUKUR Bahan2 2 cawan kulat sisir / kulat kukur …

Leave a Reply

Your email address will not be published.