Home / Semasa / Seram!!! Pemandu GRAB Tergaman Duit Tambang Diberi Penumpang Wanita Cantik Bertukar Menjadi Daun Kering.

Seram!!! Pemandu GRAB Tergaman Duit Tambang Diberi Penumpang Wanita Cantik Bertukar Menjadi Daun Kering.

Seorang Pemandu GRAB Terkejut Menerima Duit Tambang Dari penumpang yg diambilnya Yang Bertukar Menjadi Daun Kering apabila sampai di rumah.

Sejak kebelakangan ini, viral di media sosial mengenai kisah pemandu Grab Car diganggu makhluk halus. Ada yg sesat, ada yg ternampak & macam-macam lagi kejadian aneh yg berlaku terutamanya pada waktu malam.

Dalam kisah terbaru ini, seorang pemandu Grab mendakwa wang tunai yg dibayar oleh penumpangnya bertukar menjadi daun kering dalam kejadian Sabtu lalu.

Kisah itu diceritakan semula oleh isterinya, Farah, di Twitter & mendapat banyak retweet dari netizen.

Menurut Farah, suaminya menjemput penumpang itu berhampiran Pasar Gunung Rapat, menuju ke Jalan Hoover di Ipoh, Perak.

<“Masa dia ambil penumpang tu kira-kira pukul 7 malam, dah Maghrib. Kebetulan kawasan tu dekat dengan rumah kami & itu trip terakhir, jadi dia terima permintaan penumpang itu.

“Dia turunkan penumpang tu dalam pukul 7.10 malam. Wanita tu memang bagi duit tambang RM8 dalam bentuk RM1 sebanyak lapan keping & suami pun masukkan wang tu dalam dompet dia.

“Namun sudah jadi amalan dia akan periksa dompet selepas hantar penumpang sebab dia akan pindahkan duit tersebut ke dalam ‘pouch’. Bila buka je dompet, tengok ada daun.

Suami mesej saya dekat WhatsApp mengenai daun tu. Saya tak fikir langsung benda pelik-pelik. Ingatkan suami nak buat lawak sebab dia memang suka bergurau.

“Sampai je dekat rumah, bila dia buka cerita tu saya terkedu seketika. Biasalah mesti fikir hantu dulu. Suami pun pelik sebab daun kering dalam dompet dia tu ada lapan helai.

“Suami pun terus buang daun tu sebab macam bahaya nak bawa balik benda dia sendiri tak tahu ap4. Lagipun kami ada anak kecil.

Suami pun macam tak sedap hati sebab dia kata gaya perempuan tu pun pelik. Dia kata wanita tu suka gelak. Sikit-sikit gelak. Bila langgar lubang pun gelak.

“Dari gaya percakapan wanita tu orang Iseberang. Tapi sampai sekarang kami masih lagi tertanya sama ada dia adalah manusia atau sebaliknya

“Ada juga yg cakap wanita tu mungkin hantu. Ini k3rana hantu pun guna duit dekat alam bunian utk buat sebarang bayaran

“Namun saya lebih suka buat kesimpulan wanita itu adalah manusia sebenar & dia mengamalkan ilmu tarik duit. Itu lebih logik.

Pelik ada juga orang zaman sekarang ni nak guna ilmu utk bayar Grab. Dahlah tambang RM8 je, kalau RM800 fahamlah juga.

“Jadi kepada pemandu Grab sila berhati-hati. Nasiblah tambang tadi hanya RM8 je. Kalau RM60 ke ap4, rugi kena pukau. Tapi saya anggap itu bukan rezeki suami,” katanya.

Fuhh, seram juga kisah pemandu grab ni kan

Sumber – https://sajagempak.com/pemandu-grab-tergaman-duit-tambang-diberi-penumpang-wanita-bertukar-menjadi-daun-kering/

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

[VIDEO] Gambar Anak Saiful Apek Ini Curi Perhatian, “Macam Sama La Dengan Ayahnya” – | Article Update

“Ehh muka sebijik apekk..” Siapa sahaja yg tdk mengenali pelawak & penyanyi, Saiful Apek Senario. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.