Home / Semasa / Singapura Kekal Negara Terkaya Asia Tenggara, Malaysia Nombor 3

Singapura Kekal Negara Terkaya Asia Tenggara, Malaysia Nombor 3

Negara jiran, Singapura kekal menjadi negara paling kaya di Asia Tenggara dengan purata keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita AS$65,233 (RM273,083).

Mempunyai keluasan 725.7 kilometer persegi, Singapura menjadi terkaya antara 11 negara di Asia Tenggara melalui industri utama mereka seperti elektronik, petrokimia dan petroleum.

Malaysia berada di kedudukan ketiga terkaya di Asia Tenggara dengan KDNK per kapita berjumlah AS$11,414 (RM47,782).

Melalui sumber asli seperti petroleum dan gas asli, Brunei berada di kedudukan kedua selepas Singapura dengan KDNK per kapita Brunei AS$31,086 (RM130,134).

Thailand pula di kedudukan keempat dengan KDNK per kapita sebanyak AS$7,806 (RM32,678), diikuti dengan Indonesia pada tempat kelima dengan AS$4,135 (RM17,310) dan Filipina di kedudukan keenam dengan AS$3,485 (RM14,589).

Vietnam dan Laos di tempat ketujuh dan lapan, diikuti Kemboja dan Timor Leste. Myanmar pula disenaraikan sebagai negara paling miskin di Asia Tenggara dengan KDNK per kapita sebanyak AS$1,408 (RM5,890).

Data diperoleh dari laman sesawangWorldatlas.com.

About admin2

Check Also

“Bertaubat ibu, cari reda Allah”- Pesan Bekas Pengurus Peribadi Buat Mak Wan Latah

Perbalahan antara bekas pengurus peribadi & pelakon senior, Mak Wan Latah nampaknya masih ada rentetannya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.