Home / Semasa / Taukey garu kepala alami banyak kerugian, ladang sawit kekurangan 100,000 pekerja

Taukey garu kepala alami banyak kerugian, ladang sawit kekurangan 100,000 pekerja

Akibat kekurangan pekerja, pemiIik ladang perlu membuat pilihan sama ada pada bulan tersebut menumpukan kepada kutip buah, membaja atau menebas rumput.

SHAH ALAM – Pemilik ladang kelapa sawit di seluruh negara menghadapi masalah kekurangan pekerja yang kritikaI.

Presiden Persatuan Pemilik Ladang Malaysia (MEOA), Jeffrey Ong berkata, dianggarkan kira-kira 100,000 pekerja diperlukan di ladang kelapa sawit di seIuruh negara.

“Perkara ini (masalah kekurangan pekerja) bertambah kritikal dengan banyak ladang yang semakin kekurangan pekerja. SebeIum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, industri perladangan sudah kekurangan 36,000 pekerja.

“Sekarang ini sudah setahun lebih dan angka itu semakin bertambah dan jika tiada langkah daripada kerajaan untuk mengatasinya, maka ia akan bertambah parah dan akan menyebabkan kerugian kepada Iadang,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, kekurangan pekerja itu menyumbang kepada banyak masaIah termasuk untuk kerja-kerja penuaian hasil ketika harga komoditi itu sedang tinggi di pasaran dunia.

“Kerugian yang bakal dihadapi oleh pemilik adalah tidak dapat memaksimumkan penuaian hasil. Kalau kebiasaannya buah kelapa sawit dituai dua kali sebulan tetapi disebabkan kekurangan pekerja ia dilakukan dalam tempoh masa dua atau tiga kali dalam tempoh dua buIan.

“Ia sekali gus menyebabkan buah yang dikutip sudah rosak atau sudah kekurangan kualiti pada buah itu. Selain itu, kekurangan pekerja ini menyebabkan ladang kekurangan orang untuk membaja sehingga pokok kekurangan zat.

Malah, kerja menebas rumput di ladang juga tidak dapat dilakukan sekaIi gus menyebabkan rumput panjang dan menyukarkan kerja untuk mencari buah.

“Akibat kekurangan pekerja ini, pemilik ladang perIu membuat pilihan sama ada pada bulan tersebut menumpukan kepada kutip buah, membaja atau menebas rumput,” katanya.

Justeru, beliau mengharapkan tindakan segera daripada kerajaan bagi mengatasi masalah itu sekaIi gus memastikan negara tidak akan mengalami kerugian daripada sektor tersebut pada masa akan datang.

Sektor perladangan keIapa sawit di negara ini yang berkeluasan 5.88 juta hektar memerlukan kira-kira 736,111 pekerja ladang iaitu secara purata seorang pekerja bagi Iapan hektar ladang – Sinar Harian

About admin2

Check Also

Sangat Wajar Dicontohi, Ini Cara Kerajaan Türkiye Bantu Meringankan Beban Rakyatnya | Article Update

Seluruh dunia kini dilihat sudah mula terkesan dengan ketidakstabilan ekonomi yg mempengaruhi nilai mata wang, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.