Home / Semasa / Tiga beradik rentung dalam kebakaran rumah | MyBlog

Tiga beradik rentung dalam kebakaran rumah | MyBlog

LAWAS: Tiga beradik rentung dalam kebakaran sebuah rumah yg dihuni sembilan sekeluarga di Kampung Seberang Kedai, di sini, malam tadi.

Dalam tragedi kira-kira jam 10.50 malam, kanak-kanak yg terkorban dikenal pasti sebagai Mohd Hesdi Huzaidi Azrie, 4; Mohd Hezmi Huzaili, 7; & Mohd Hezry Huzaimi, 8.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada MERS999 berhubung insiden itu pada jam 11.02 malam.

Susulan itu, beliau berkata, tujuh anggota Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Lawas dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di tempat kejadian yg terletak 17 kilometer dari balai, api didapati sedang marak menjilat sebuah rumah dua tingkat berstruktur separuh kekal.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.45 tengah malam, manakala rumah terbabit musnah sepenuhnya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, enam lagi penghuni rumah itu terselamat dalam kejadian berkenaan.

Mereka ialah bapa mangsa, Azrie Latip, 45, bersama isteri, Dayangku Hadianawati, 38; & dua lagi anak mereka, Ariesya Aryana, 14, serta Muhd Hezrie, 12.

Yang turut terselamat ialah datuk mangsa, Awangku Jeman Pangiran Abdul Hamid, 72, & nenek, Aminah Matusop, 73.

“Mayat tiga beradik itu sudah diserahkan kepada pihak polis utk tindakan lanjut. Punca kejadian sedang disiasat,” katanya.

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“K0tornya SiapaIah Yang Kena Tu..”, Vldeo Noh MeIuddah Atas Pntas Terlma Krltikan Ntlzen – | Article Update

“Terkjut aku tngok , ingatkan sapelah yg buat prsembahan td..” V0kaIis kmpuIan hujan, Noh Salleh …

Leave a Reply

Your email address will not be published.