Home / Semasa / Ini Komen Menteri Agama, Idris Ahmad Tentang Syarat Solat Jumaat Perlu 3 Dos Di Selangor

Ini Komen Menteri Agama, Idris Ahmad Tentang Syarat Solat Jumaat Perlu 3 Dos Di Selangor

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata pihaknya menghormati keputusan kerajaan Selangor yg menetapkan hanya jemaah lengkap dua dos vaksin COVID-19 & dos penggalak dibenar menunaikan solat Jumaat di masjid serta surau di negeri itu.

Beliau berkata, keputusan itu ditentukan Majlis Agama Islam Negeri & bukan diarah oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Penentuan hal ehwal agama semua ini milik Majlis Agama Islam Negeri, KKM tdk mengarahkan, itu keputusan setiap negeri.

Mesyuarat Kabinet baru-baru ini juga tdk mengeluarkan arahan.

Saya tdk boleh campur tangan, kena hormat keputusan terbabit k3rana ia hak negeri itu,” katanya.

dris (kanan) memilih baju sekolah utk pelajar asnaf, Dhia Mirza Rafiqi Nezri, 12, (kiri) pada majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Kawasan Bukit Gantang di Pusat Khidmat Pas Bukit Gantang, hari ini. – BERNAMA

Bercakap pada sidang media Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Kawasan Bukit Gantang 2022 kepada 50 pelajar hari ini, Idris berkata, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di masjid sebelum ini juga berbeza antara negeri seperti solat Jumaat yg terhad kepada 12 orang di Selangor, manakala negeri lain membenarkan bilangan jemaah lebih ramai.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam kenyataan hari ini, memaklumkan SOP itu hanya terpakai di Selangor manakala negeri lain masih seperti biasa & tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Selasa lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui surat pekeliling bertarikh 21 Februari, menetapkan syarat bahawa jemaah perlu lengkap dua dos vaksin serta menerima dos penggalak bagi menunaikan solat Jumaat mulai 25 Februari.

Polis juga dilaporkan sedang menjalankan siasatan berhubung video tular berdurasi 29 saat yg memaparkan anggotanya menjalankan pemantauan SOP solat Jumaat di sebuah masjid di Puchong pada Jumaat lalu.

Semakan polis mendapati video yg dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook itu berlaku pada kira-kira 1 tengah hari ketika anggota berpangkat koperal menjalankan tugas rutin memantau SOP solat Jumaat & SOP di kawasan pentadbiran Balai Polis Bukit Puchong.

Anggota itu turut memberi penerangan berkaitan SOP terbaharu Selangor bagi jemaah yg ingin menunaikan solat Jumaat di masjid atau surau di negeri terbabit.

Sumber – BERNAMA via BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Iqbal Zulkefli Beli Banglo RM5 Juta Di Kawasan Elit

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli sanggup berhabis dengan membeli sebuah banglo mewah RM5 juta yg terletak di Bangsar, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.