AYAH kepada pakar motivasi terkenal iaitu Dato’ Dr Fadzilah Kamsah telah kembali ke rahmatullah pada 26/2/2022 pukul 11:33 malam tadi di HTAR Klang.
Berita duka ini dimaklumkan oleh Dato’ Dr Fadzilah Kamsah sendiri menerusi laman akaun Facebook.
Dato’ Dr Fadzilah Kamsah juga turut meminta orang ramai sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyrham.
Posting tersebut dikongsi sendiri oleh Dato’ Dr Fadzilah Kamsah menerusi akaun laman Facebook dengan kapsyen:
Innalillahi waiinaa ilaihi rojiuun.
Assalamualaikum wbr dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa Ayahanda kami Tn Hj Kamsah bin Hj Dahlan telah kembali ke Rahmatullah pada 26/2/2022 bersamaan 24 Rejab 1443H jam 11.33 malam di HTAR Klang.
Semoga Allah mengampuni dosa2nya , merahmatinya, memuliakan kematiannya, melapangkan kuburnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Rabbal Alamiin Al-Fatihah (mohon dibaca)
Sama-sama kita sedekahkan Alfatihah buat allahyrham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Kredit : DIY Media