Home / Semasa / Dia Pernah T0lak R4suah RM10,000”- P0lis Temb4k Diri Sendiri Dirumah Rakan. Ketua P0lis Buka Cerita Sbnar

Dia Pernah T0lak R4suah RM10,000”- P0lis Temb4k Diri Sendiri Dirumah Rakan. Ketua P0lis Buka Cerita Sbnar

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditemui meninggal dunia dipercayai menembak diri sendiri di sebuah rumah di Jalan Selingsing, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.30 petang tadi.

“Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 35 tahun adalah seorang pegawai polis yg sedang berkhidmat di IPD Dang Wangi.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menembak dirinya sendiri di bahagian kepala menggunakan sepucuk pistol,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Eng Lai berkata, pihak ambulans yg tiba di lokasi kejadian bersama pegawai perubatan bertugas mengesahkan kematian mangsa jam 3.59 petang.

“Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

“Punca kejadian belum dapat dikenal pasti & masih dalam siasatan polis. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Beliau berkata, pihak Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai yg mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu supaya tampil memberi keterangan.

“Orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Foo Keat How di talian 012-7461500 atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206 utk tindakan lanjut,” katanya.

Pegawai polis yg maut selepas dipercayai menembak kepalanya di sebuah rumah di Jalan Selingsing di sini, semalam, disifatkan sebagai pegawai berintegriti tinggi, mempunyai prestasi kerja yg baik & disenangi rakan.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pegawai berusia 35 tahun itu pernah mendapat pujian daripada kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia & menerima surat penghargaan Ketua Polis Negara k3rana menolak suapan.

“Pegawai polis berkenaan pernah ditawarkan RM10,000 bagi cubaan membebaskan seorang OKT (Orang Kena Tahan) bagi kes Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, pada Ogos tahun lalu.

“Motif kejadian masih dalam siasatan & pegawai berkenaan tiada masalah berkaitan kerja & sebelum ini dia ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul sebagai pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik & kemudian ditukarkan ke IPD Dang Wangi tiga bulan lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani dokumen penerimaan semula pondok polis yg dibaik pulih oleh MRT Corp di Pondok Polis Batu 3, di sini.

Menurutnya, proses bedah siasat pegawai polis berkenaan akan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Beh berkata, pegawai itu yg mempunyai seorang isteri & dua anak, ditemui mati di rumah kawannya.

“Saksi adalah kawan kepada pegawai polis berkenaan, ketika kejadian ada kawan lelaki & kawan perempuan dalam rumah yg didiami beberapa orang itu,” katanya.

Beh dilaporkan berkata, kejadian itu dimaklumkan pihaknya selepas Pusat Kawalan Ibu IPD Sentul menerima panggilan daripada sistem MERS 999 pada kira-kira 3.30 petang.

Semalam, seorang pegawai polis berpangkat Inspektor maut dipercayai menembak kepalanya dengan pistol dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Selingsing di sini.

Sementara itu, Beh berkata, pondok polis yg diterima pihaknya itu akan beroperasi semula pada hari ini setelah tiga tahun ditinggalkan akibat pembinaan projek MRT.

Sumber: metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tdk mampu utk memantausemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.