Home / USAHAWAN / Letak Jawatan Sebagai Eksekutif Perakaunan Di Sebuah Syarikat Minyak Terkemuka Untuk Tumpu Bisnes

Letak Jawatan Sebagai Eksekutif Perakaunan Di Sebuah Syarikat Minyak Terkemuka Untuk Tumpu Bisnes

LANGKAH berani pemuda berusia 31 tahun, Muhammad Hafiz Shahri untuk meletakkan jawatan sebagai Eksekutif Perakaunan di sebuah syarikat minyak dan gas pada tahun 2018 untuk menguruskan perniagaan sepenuh masa bukanlah sesuatu keputusan yang mudah untuk dibuat.

Pernah ‘dipandang remeh’ dengan keputusannya membuatkan dirinya bukan semakin mengalah, malah terus ingin mencabar diri untuk membuktikan bahawa sesiapapun boleh menjadi seorang usahawan berjaya asalkan mempunyai niat yang betul, disiplin dan ilmu dalam diri. Pemuda yang memiliki Ijazah Kepujian Dalam Bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini, memulakan perniagaan secara separuh masa pada hujung minggu bagi menambahkan simpanannya.

 

Namun pada akhir 2017, syarikat ditempatnya bekerja mengalami kemerosotan membuatkan ramai pekerja terpaksa ‘berputih mata’ dengan gaji yang dipotong dan gaji dibayar lewat.

Rentetan dari itu, pemuda ini tidak putus harapan dengan keadaan tersebut, tambahan pula perlu menyara ibu nya yang berstatus ibu tunggal dan warga emas, lantas terus memberikan fokus sepenuh masa kepada perniagaan takoyaki miliknya.

Bermula dengan hanya berniaga menggunakan kanopi 6 X 6 ditepi jalan, dan berhabis lebih puluhan ribu RINGGIT untuk kajian, kini FAMOUS TAKO sudah boleh menarik nafas lega kerana memiliki lebih dari 80 rangkaian di seluruh Malaysia. Keyakinannya pada produk sendiri memuncak apabila jenama FAMOUS TAKO mampu bersaing dengan jenama besar lain kerana mempunyai kualiti yang tinggi dan harga yang rendah dan berpatutan.

 

Pada Oktober 2021, salah seorang dari usahawan yang dibimbing FAMOUS TAKO berjaya memecahkan rekod dengan jualan lebih dari RM60,000 sebulan dan menghasilkan keuntungan separuh dari itu.

Kini, FAMOUS TAKO ingin membuka peluang kepada semua yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan samada separuh atau sepenuh masa dengan hanya bermodalkan serendah RM500. USAHAWAN BANGKIT BERNIAGA 2.0 mensasarkan untuk melahirkan lebih dari 50 usahawan baru dan promosi ini akan tamat pada 1 April 2022.

Jika anda mempunyai minat dalam bidang perniagaan, FAMOUS TAKO berbesar hati ingin menjemput anda untuk menyertai USAHAWAN BANGKIT BERNIAGA 2.0 dengan menghubungi 011-6160 6735 atau 011-6991 1394.

TEKAN LINK SEKARANG >>> https://wa.link/xne6ci

About admin2

Check Also

Kenaikan el4un lembaga pengarah FGV wajar, tak naik seki4n lama – Felda

KUALA LUMPUR: Semakan elaun lembaga pengarah FGV Holdings Berhad (FGV) disifatkan wajar kerana setelah sekian …

Leave a Reply

Your email address will not be published.