Home / Islamik / Pengurus Jenazah Terpaksa Panggil 4 Isteri Potong Tangkal Di Pinggang Arwah Suami, Berlaku Kejadian Pelik Masa Nak Potong Tangkal

Pengurus Jenazah Terpaksa Panggil 4 Isteri Potong Tangkal Di Pinggang Arwah Suami, Berlaku Kejadian Pelik Masa Nak Potong Tangkal

 

TANYALAH kepada mana-mana individu yg pernah menguruskan jenazah, pasti banyak kisah pelik dilalui ketika mengendalikan mayat.Pengurus Jenazah Terpaksa Panggil 4 Isteri Potong Tangkal Di Pinggang Arwah Suami, Berlaku Kejadian Pelik Masa Nak Potong Tangkal

Namun bagi Samahat Abdul Raffar yg sudah beberapa tahun bergelar pengurus jenazah, pelbagai pengalaman sudah dilalui tetapi dia melihat perkara itu sebagai peluang terbaik menginsafkan diri tentang kematian.

Berkongsi pengalamannya, Samahat memberitahu antara kejadian tdk dapat dilupakan ketika dia bersama sahabatnya dikehendaki menguruskan jenazah seorang lelaki yg memakai tangkal pada bahagian pinggangnya.

Masih segar dalam ingatannya ketika mula-mula sampai di rumah mayat, badan dia terasa seram sejuk & seperti ada seseorang sedang memerhatikannya yg sibuk menyediakan kelengkapan pengurusan jenazah sementara menanti ketibaan mayat.

“Dalam sibuk membuat persiapan, saya rasa macam ada orang tengah berdiri di belakang saya… Apabila saya menoleh, tiada sesiapa di dalam bilik mayat itu.

Samahat terkejut apabila mendapati mayat yg perlu diuruskan masih memakai tangkal pada bahagian pinggangnya.

“Telinga terasa seperti ada orang tiup angin, rasa seram sejuk. Jantung memang rasa berdebar k3rana jarang saya alami kejadian seperti itu,” katanya.

Tangkal pada bahagian pinggang si mati

Tidak lama kemudian kata Samahat, pembantu hospital berjalan masuk menolak troli mayat sebelum memberi isyarat tanpa berkata ap4-ap4 namun dia tdk memahami maksud yg cuba disampaikan.

Ketika jenazah diletakkan di tempat mandi, dia bersama seorang rakannya terkejut apabila melihat mayat itu mempunyai tangkal yg diikat pada baahgian pinggangnya & Samahat memberitahu dia terus teringat kepada isyarat diberikan pembantu hospital sebelum itu.

“Kami tak berani nak potong tangkal itu k3rana bimbang sesuatu bakal berlaku. Ketika memandikan jenazah, kain pada jenazah terlucut tanpa sengaja & kami terkejut melihat zakarnya dalam keadaan keras.

“Ketika kami saling berpandangan, lampu dalam bilik mayat itu tiba-tiba berkedip-kedip, suasana jadi seram sejuk… Rakan saya minta panggil isteri arwah masuk ke dalam,” ceritanya.

Ketika Samahat memanggil isteri arwah, dia sekali lagi terkejut apabila empat orang wanita tampil memaklumkan mereka adalah isteri-isteri kepada si mati & meminta izin utk semuanya massuk ke dalam bilik pengurusan jenazah.

Kami dudukkan mayat & selak kain pada bahagian pinggang & lihat tangkal itu mempunyai empat simpul.

“Masa berjalan masuk, jantung saya tiba-tiba berdegup kencang & saya berdoa dalam hati agar Allah selamatkan kami daripada gangguan syaitan.

“Rakan setugas bertanya kepada isteri arwah ap4 amalan si mati yg mungkin mereka tahu namun semua mendiamkan diri mungkin k3rana ingin menjaga aib suami mereka,” ujarnya.

Namun selepas dijelaskan sebab pertanyaan itu dibuat, salah seorang isteri si mati mengakui suaminya ada mengikat tangkal pada pinggang namun tdk mengetahui kegunaannya.

Selepas mendengar penjelasan itu, Samahat turut memanggil anak lelaki sulung arwah & bertanya sama ada mereka ingin menyimpan tersebut atau mahu ia dibuang.

Empat isteri potong tangkal, pintu bilik mayat terbuka!

Tiada siapa di antara ahli keluarga si mati sanggup menyimpan tangkal tersebut & meminta ia dibuang.

Bilik mayat bertukar menjadi seram & seolah-olah ada seseorang sedang memerhatikannya. – Gambar hiasan.

“Terus kami baca surah al-Fatihah, selawat keatas Nabi SAW & selepas itu kami suruh ikut perlahan-lahan membaca surah an-Nisa ayat-48 & surah Yusuf ayat-64.

“Selesai baca tiba-tiba lampu menjadi berkedip-kedip, terus saya beritahu jangan panik & ingat kepada Allah. Kami dudukkan mayat & selak kain pada bahagian pinggang & lihat tangkal itu mempunyai empat simpul.

“Kami minta kesemua isteri si mati memotong tepat pada simpul mengikut turutan pangkat. Selesai potongan tangkal itu dibuat, kami terdiam apabila pintu bilik itu terbuka dengan sendirinya.

Pintu bilik mayat tiba-tiba terbuka selepas mereka menanggalkan tangkal pada badan si mati.

“Semua terkejut & kami beristighfar bersama-sama sebelum meminta semua ahli keluarga tunggu di luar sementara kami uruskan jenazah,” ceritanya lagi.

Ketika Samahat memegang tangkal tersebut, tiba-tiba dia berasa panas & terus membalut tangkal itu dalam kain sebesar tapak tangan & dimasukkan ke dalam beg plastik serta diikat kemas.

Selesai memandikan jenazah, Samahat memberitahu mereka terdengar bunyi letupan di dalam bilik berkenaan & suasana menjadi seram sejuk.

Tangkal panas macam bara

“Kami mencari dari mana datang bunyi meletup itu, selesai wudukkan jenazah saya lihat bungkusan plastik yg berisi tangkal itu plastiknya sudah terburai.

“Saya gantikan dengan plastik lain & tak sampai lima minit, plastik itu mengelembung & meletup lagi… Saya cuba pegang tangkal itu utk dipindahkan ke dalam plastik yg lain tetapi terasa pegang bara api, terlepas jatuh ke bawah lantai,” katanya.

Lebih menyeramkan kata Samahat, tangkal itu tiba-tiba mengeluarkan asap & rakannya segera membaca surah al-Falaq, Ayatul Kursi sebanyak tujuh kali sebelum memasukkannya ke dalam plastik yg baharu.

Rakannya menugaskan dia utk membuang tangkal tersebut ke dalam sungai & berpesan agar menambah pemberat agar ia tdk timbul.

Samahat membuang tangkal itu ke dalam sungai selepas mengikat kemas dalam plastik yg diikat pemberat.

“Macam-macam perkara pelik juga berlaku sementara nak buang tangkal itu termasuk diganggu ketika solat malah ketika selesai membaca surah Al-Fatihah ada yg mengaminkan walaupun saya sembahyang seorang diri.

“Ketika sampai di sungai, saya rasa seperti ada sesuatu yg ikut saya, saya banyak berdoa & istighfar. Sampai rumah terus bersihkan diri & badan ada rasa lemau, mungkin disebabkan saya terkena hujan.

“Alhamdulillah tiada gangguan yg berlaku & saya bersyukur Allah melindungi saya daripada sebarang malapetaka,” ujarnya.

Kejadian itu juga kata Samahat membuatkan dia lebih insaf & berharap perkongsiannya itu memberi pengajaran kepada orang lain agar tdk menggunakan benda-benda menyekutu & mensyirikkan Allah.

“Percaya & taksub pada tangkal, azimat, pendamping, khadam & sebagainya berkait rapat dengan iblis & syaitan, perkara-perkara beginilah yg membuatkan gugurnya akidah orang Islam & kesannya amat buruk apabila meninggal dunia,” kongsinya.

Sumber Mstar

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Model Baju Raya Bertudung Tapi Nampak…” Ustazah Asma’ Tegur Jgn Lnggar Larangan Allah.

Menjelangnya Aidilfitri yg akan tiba tdk lama sahaja lagi, pastinya orang ramai berpusu-pusu memilih baju …

Leave a Reply

Your email address will not be published.