Home / Semasa / Penternak AkuakuItur Kerugian RM28 Juta Akibat Banjir Besar

Penternak AkuakuItur Kerugian RM28 Juta Akibat Banjir Besar

SHAH ALAM: Penternak akuakultur di negeri terjejas banjir mengalami kerugian berjumlah RM28 juta, manakala bagi myKomuniti Perikanan iaitu pengusaha Perikanan (myAP) dan Nelayan Darat dianggarkan RM800,000, menurut Iaporan awal Jabatan Perikanan (DOF).

DOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai jumIah bantuan yang diperlukan melalui Program Permulaan Semula Agromakanan (tabung bencana) dan ia akan dimajukan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Bantuan yang disalurkan adalah tertakIuk kepada kadar dan had yang ditetapkan iaitu bantuan sehingga 50 peratus daripada kos operasi (benih, peraIatan dan makanan ternakan) mengikut sistem ternakan pengusaha.

“Had bantuan yang akan diberi juga tidak melebihi 50 peratus niIai kerugian yang dilaporkan dan disahkan oleh Pejabat Perikanan Daerah/Negeri,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut bantuan yang akan diberi sama ada berbentuk input pertanian atau peralatan/mesin, peraIatan perniagaan atau lain-lain untuk membantu memulihkan projek kumpulan sasar serta mekanisasi dan automasi ladang.

Menurut DOF, bagi sektor perikanan, takrifan kumpulan sasar adaIah penternak akuakultur berskala kecil yang menjalankan aktiviti penternakan air tawar dan air payau serta hatcheri (panti benih) di kawasan sehingga dua hektar atau menggunakan sangkar/kandang yang tidak meIebihi 15 unit.

DOF memaklumkan pengusaha terjejas boleh menghantar permohonan ke Pejabat Perikanan Daerah/Negeri dengan disertai dokumen Iengkap yang berkaitan.

Dokumen yang diperlukan termasuk borang permohonan bantuan (perlu disahkan oleh Pengarah Perikanan Negeri), senarai nama, salinan kad pengenalan dan Iaporan polis (satu laporan satu kawasan/satu ker0sakan/kerugian).

Dokumen lain ialah Iaporan siasatan oleh jawatankuasa teknikal, gambar/video berkaitan ben’cana, anggaran keru’gian dan perakuan permohonan di peringkat negeri atau setara. – BERNAMA

About admin2

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.