Home / Dunia / Pesawat terbesar dunia musnah di Ukraine

Pesawat terbesar dunia musnah di Ukraine

KIEV – Pesawat terbesar di dunia, Antonov AN-225 dilaporkan musnah semasa pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, lapor stesen penyiaran CNN.

‘’Pesawat digelar ‘Mriya’ yang bermaksud ‘mimpi’ dalam bahasa Ukraine itu diletakkan di lapangan terbang berhampiran Kiev ketika ia diserang tentera Rusia,’’ kata pihak berkuasa Ukraine sambil menambah, mereka akan membinanya semula.

“Rusia mungkin telah musnahkan ‘Mriya’ milik kami. Tetapi tidak dapat musnahkan impian kami untuk menjadi sebuah negara Eropah yang kuat, bebas dan demokratik. Kita akan menang!’’ tulis Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba di Twitter.

Myria mempunyai panjang 84 meter (276 kaki) dan boleh mengangkut kargo mencecah berat 250 tan pada kelajuan 850 kilometer sejam.

Tiada pengesahan berasingan mengenai kemusnahan pesawat berkenaan. Menerusi ciapan Syarikat Antonov di laman Twitter, pihaknya tidak dapat mengesahkan keadaan teknikal pesawat berkenaan sebelum ia diperiksa oleh pakar.

Syarikat pertahanan Ukraine yang menguruskan Antonov, Ukroboronprom semalam mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat berkenaan telah dimusnahkan tetapi akan dibina semula dengan perbelanjaan Rusia yang menelan kos sebanyak AS$3 bilion (RM12.6 bilion). ]

Pemulihan itu dianggarkan menelan kos AS$3 bilion (RM12.6 bilion) dan lebih lima tahun. Tugas kami adalah untuk memastikan kos ini ditanggung oleh Persekutuan Rusia yang telah menyebabkan kerosakan yang disengajakan ke atas sektor penerbangan dan kargo udara Ukraine,’’ jelas kenyataan itu.

Dalam satu kenyataan kemudian, syarikat itu berkata bahawa pesawat tersebut telah berada di darat berhampiran Kiew pada 24 Februari lalu dan sedang menjalani penyelenggaraan. – Agensi

About admin2

Check Also

Isu Hin4 Nabi Muhammad, Ahli Politik Belanda Mint4 India Tidak Gentar Dengan Islam

Ahli politik sayap kanan Belanda Geert Wilders, yang. memberikan sokongannya kepada Nupur Sharma – ahli politik India yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.