Home / Makanan / Resepi Sotong Sumbat Telur

Resepi Sotong Sumbat Telur

Resepi sotong sumbat telur:

 

6 ekor Sotong saiz medium

1 bawang merah saiz medium – potong dadu kecil

*4 telur gred A

*3 ekor Udang XL (buat rasa sedap lagi, takde pun rasa sedap juga) – potong kecil

*Daun ketumbar (Jangan banyak sangat. Nanti menyengat rasanya) – cincang halus

*Carrot (suka hati nak letak banyak mana) – cincang halus

Maggi cukup rasa

Pencungkil gigi/lidi

Masukkan semua yang bertanda * & kacau sebati. Lepas tu, panaskan minyak sikit & goreng bawang merah sampai garing sikit.

Masukkan adunan telur tadi & masak seperti telur hancur. Lepas tu masukkan garam gula kalau yang tak guna MSG. Saya masukkan maggi cukup rasa je.

Sumbat telur ke dalam sotong. Sumbat biar sotong jadi gemuk buncit semuanya.

Ambil kepala sotong & letak kat tempat asal dia. Lepas tu cocok sotong dengan lidi ke pencungkil gigi ke, dekat tempat kepala sotong. Tak nak telur terkeluar je.

Dah siap sumbat telur, kelar manja sikit sotong tu supaya sotong tak mengecut sangat.

Nak masak sotong tu, atas kesenangan korang. Boleh bakar atas arang, masak atas kuali ataupun guna air fryer.

Masak sehingga sotong masak je. Jangan lama sangat. Nanti sotong jadi kering. Tak sedap nak makan.

Resepi sos thai serbaguna:

Sos thai yang ada gambar makcik tu

Bawang putih – cincang halus

Cili padi merah – potong kecil

Daun ketumbar

Sos ikan

Gula

Air limau nipis

Campur semua tu. Siap!

Korang agak-agak je la ye yang sos tu. Kalau tak pandai agak-agak, beritahu tau. Nanti saya try buat sukatan untuk sos.

 

Kredit : Resepi Harian

About admin2

Check Also

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur

RESEPI MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN KUKUR Bahan2 2 cawan kulat sisir / kulat kukur …

Leave a Reply

Your email address will not be published.