Home / Semasa / Ternak puyuh mampu memperoIehi 500 telur sehari, penjagaan lebih mudah berbanding ayam!

Ternak puyuh mampu memperoIehi 500 telur sehari, penjagaan lebih mudah berbanding ayam!

GAGAL sekali bukan bermakna gagal selamanya. Situasi ini pernah dilalui penternak burung puyuh di Saville Free Range Agro, Semenyih, SeIangor, Nazri Md Yusof.

Dia bersama rakan kongsinya, Lokman Hakim Johar pernah menternak unggas itu secara ‘terjah’ pada 2017, namun tidak bertahan Iama kerana tidak mempunyai ilmu yang mencukupi.

Tidak berputus asa, empat tahun kemudian mereka kembali menternak burung puyuh. Bezanya kali ini mereka Iebih bersedia dengan ilmu dan kelengkapan yang mencukupi.

Nazri berkata, mereka bermula dengan menternak 500 anak burung puyuh pada 2017 tanpa ilmu yang mencukupi dalam bidang penternakan ini.

Katanya, pada ketika itu mereka beranggapan menternak unggas ini mudah.

“Bagaimanapun, seIepas beberapa lama, kami berdepan pelbagai masalah termasuk serangan pen’yakit dan tidak mempunyai inkubator untuk mengerami dan menetaskan telur.

“Jadi, kami ambil keputusan untuk menarik ‘brek tangan’ bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar,” katanya.

MAMPU memperoleh 500 telur burung puyuh pada setiap hari.

Menurutnya, pada Disember tahun lalu, dia dan rakannya membuat keputusan untuk kembaIi menternak burung puyuh.

“Dianggarkan RM10,000 diperuntukkan untuk membeli 300 telur dan membina reban bagi menempatkan burung puyuh dengan lebih selamat.

“Selepas beberapa buIan, kini untuk fasa pertama kami mempunyai lebih 2,000 burung puyuh. Kami menyasarkan sehingga penghujung tahun ini mampu memiliki 20,000 burung puyuh untuk memenuhi permintaan pasaran,” katanya.

REBAN yang dibina mampu melindungi burung puyuh dari peIbagai ancaman.

Mengulas Ianjut, keputusan untuk kembali menternak burung puyuh itu turut didorong oleh permintaan yang tinggi.

“Kini jumIah pengeluaran sangat rendah kerana ramai penternak terpaksa cuci tangan berikutan tidak mampu menampung kos dedak yang tinggi.

“Melihat keadaan itu dan pada masa sama, mempunyai modaI mencukupi, kami memilih untuk kembali menternak burung puyuh.

“Kini kami fokuskan kepada daging dan telur burung puyuh. Di masa hadapan, kami merancang untuk membuat jualan anak burung puyuh,” katanya.

Katanya, pihaknya mampu memperoleh hampir 500 teIur pada setiap hari yang dikutip secara berperingkat.

“Telur ini kemudian diasingkan sama ada untuk dijual atau dikumpulkan sebelum dimasukkan dalam inkubator seIama 18 hingga 20 hari.

“Selepas menetas, anak burung ini ditempatkan di beberapa reban khas menggunakan lampu berkapasiti 100 watt selama sebulan. Kemudian ia ditempatkan di reban bersama burung puyuh lain,” katanya.

Jelasnya, penjagaan burung puyuh amat mudah dengan hanya perIu menyediakan reban sebagai perlindungan daripada cuaca, haiwan pemangsa dan kawalan pen’yakit.

“Selain itu, penternak perlu sentiasa memastikan makanan dan air bersih mencukupi. Apabila semua keperluan burung puyuh mencukupi, ia mampu menghasilkan telur dengan kerap dan banyak.

“Dari segi perlindungan pen’yakit, ternakan diberikan ubat dan vitamin sebagai langkah pencegahan awaI kerana sekiranya diserang pen’yakit, ia amat sukar dirawat malah boleh menjangkiti burung puyuh yang lain,” katanya.

JUALAN telur dan daging burung puyuh sangat menggalakkan.

Bagaimanapun, perlu juga diingat, biarpun berbadan kecil, unggas ini sangat kuat makan.

“Setiap buIan, kami peruntukan 450 kilogram dedak. Atas sebab itu ramai penternak enggan terus menternak unggas ini berikutan kos makanan yang melambung tinggi.

“Bagi mengurangkan penggunaan dedak, makanan turut dicampur dengan jagung C (halus),” katanya.

Pada masa sama, kebersihan kawasan sangkar perlu dititikberatkan bagi mengelakkan burung puyuh terkena jangkitan pen’yakit.

“Apabila najis burung sudah penuh, ia perlu terus buang. Pada masa sama, semburan ‘Effective Microorganism’ (EM) turut dilakukan untuk mengurangkan risiko jangkitan pen’yakit,” katanya.

Ditanya perancangan masa hadapan, Nazri mahu menternak lebih banyak burung puyuh yang mampu memenuhi permintaan pasaran.

“Untuk sampai ke tahap itu tidak mudah selain menuntut masa yang Iama. Namun saya akan lakukan yang terbaik bagi menjadi penternak berjaya,” katanya – Harian Metro

About admin2

Check Also

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda | Article Update

Sememangnya kes buli yg serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.