Home / Semasa / Ini Gambaran Impak Jika Semua Senjata Nuklear Meletup | MyBlog

Ini Gambaran Impak Jika Semua Senjata Nuklear Meletup | MyBlog

Ketegangan antarabangsa sudah memuncak berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, & arahan Vladimir Putin akan menyebabkan kebimbangan berterusan.

Presiden Rusia baru-baru ini dilaporkan telah mengarahkan pasukan nuklear Rusia & semua pasukan ketenteraannya utk berada dalam situasi bersiap sedia.

Arahan itu berpunca daripada kenyataan agresif Barat ketika Rusia dikecam hebat berikutan pencerobohannya ke atas Ukraine.

Moscow mempunyai senjata nuklear terbesar di dunia & gudang besar peluru berpandu balistik yg menjadi ‘tulang belakang’ pasukan pencegahan negara. Betapa membimbangkan jika negara kuasa nuklear ini benar-benar menggunakan senjara pemusnah itu.

Anggaran senjata nuklear milik Rusia adalah sebanyak 6,800 & jumlah ujian yg telah dilakukan sebanyak 715 kali. Ujian yg dilakukan buat pertama kali pada Ogos 1949 & yg terakhir pada Oktober 1990.

Selain itu, Rusia juga merupakan pemilik bom nuklear paling berkuasa di dunia, dikenali sebagai Tsar Bomb yg mempunyai kekuatan 50-58 megaton TNT.

Menurut laporan, bom berkenaan pada asalnya mempunyai kekuatan 100 megaton, bagaimanapun terpaksa dikurangkan selepas penyelidik Soviet ketika itu menyimpulkan kekuatan berkenaan terlalu bahaya & sukar utk diramal.

Bom atom yg digugurkan Amerika Syarikat di Hiroshima & Nagasaki, Jepun iaitu Little Boy mempunyai kekuatan 15 kiloton TNT & Fat Man, 21 kiloton TNT.

Amerika Syarikat pula memiliki senjata nuklear sebanyak 6,550 & jumlah ujian nuklear sebanyak 1,030. Kali pertama senjata ini diuji pada tahun 1945 & ujian terakhir adalah pada September 1992.

Impak Senjata Nuklear MeletupSumber: Kurzgesagt
Impak jika senjata nuklear meletup

Meskipun senjata ini memberi kemusnahan amat dahsyat, namun negara-negara kuasa besar dunia tetap menyimpannya. Sudah pastinya, jika berperang menggunakan bom nuklear, kesudahannya pasti tdk terbayang & membawa kepada kehancuran tamadun umat manusia jika ia betul-betul berlaku.

Gambaran ini boleh dilihat menerusi sebuah saluran di YouTube bernama Kurzgesagt yg memuat naik video simulasi jika senjata nuklear dilancarkan di seluruh dunia.

Hanya menggunakan tiga senjara nuklear, sudah cukup utk memusnahkan sebuah bandar raya. Justeru, jika 13,500 senjata nuklear dianggarkan mampu memusnahkan kesemua 4,500 bandar di Bumi.

Video tersebut membandingkan kuasa 15,000 senjata nuklear dengan tiga billion tan TNT atau 15 kali lebih dahsyat daripada letusan gunung berapi terkuat di dunia iaitu Karakatau.

Jika semua senjata nuklear meledak di tempat yg sama, ia akan mencipta bebola api selebar 49.9 kilometer yg tdk pernah berlaku sebelum ini. Gelombang letupan itu akan memusnahkan segala-galanya di laluannya sejauh 1,392.08 kilometer.

Di luar radius kemusnahan itu, gelombang tekanan akan dirasai di seluruh dunia selama berminggu-minggu selepas letupan yg begitu kuat sehingga ia juga didengari di seluruh dunia.

Awan berbentuk cendawan yg terhasil daripada letupan akan menjadi sangat tinggi sehingga mencapai pinggir atmosfera Bumi sehingga hampir menembusi angkasa lepas.

Radiasi juga akan membunuh segala-galanya dalam radius letupan & menyebabkan ratusan kilometer di sekelilingnya tdk dapat didiami.

Sumber: Britannica, Daily Star

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Nasi Goreng USA Dipesan Ada Lalat, Tapi Sikap Pekerja Ini Buatkan Pelanggan Tak Serik Nak Datang Lagi | Article Update

Mereka yg sering menjamu selera di kedai makan atau restoran pasti pernah mengalami insiden yg …

Leave a Reply

Your email address will not be published.