Home / Semasa / Pelajar maahad tahfiz dijemput Ilahi selepas khatam al-Quran | MyBlog

Pelajar maahad tahfiz dijemput Ilahi selepas khatam al-Quran | MyBlog

Tasek Gelugor: Pelajar perempuan sebuah maahad tahfiz di Sungai Dua yg baharu selesai khatam al-Quran maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Guar Petai, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa berusia 17 tahun menaiki kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza bersama guru serta tiga rakannya yg lain.

Bagaimanapun ketika tiba di lokasi kejadian, kereta itu dilaporkan terbabas hingga melanggar sebatang pokok yg berada di tepi jalan di arah bertentangan.

Ekoran itu, mangsa yg berada di tempat duduk penumpang hadapan maut di lokasi kejadian manakala guru serta rakannya yg lain mengalami kecederaan.

Mayat dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) utk proses bedah siasat manakala empat yg cedera dikejarkan ke hospital sama utk rawatan lanjut

Berita kemalangan itu kemudian tular di media sosial dengan orang ramai meluahkan rasa sedih termasuk ada beberapa individu dipercayai kenalan mangsa memaklumkan bahawa mangsa baharu selesai menghabiskan semua juzuk bacaan al-Quran hari ini.

Difahamkan, mangsa adalah seorang anak seorang mudir di sebuah madrasah di Padang Serai, Kedah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Guar Petai menuju ke Sungai Dua.

“Siasatan lanjut masih lagi diteruskan,” katanya.

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Kontraktor Diajar Teknik Sebutharga Tiruan, Industri Pembinaan Dilihat Penuh Memualkan | Article Update

Penawaran sebutharga sering dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ingin membuka tender secara terbuka. Peluang tender …

Leave a Reply

Your email address will not be published.