Home / Kisah Tauladan / Didakwa ‘Curi’ Elektrik Bagi Melombong Bitcoin, Dua Suspek Sogok Pegawai TNB RM75,000 Direman

Didakwa ‘Curi’ Elektrik Bagi Melombong Bitcoin, Dua Suspek Sogok Pegawai TNB RM75,000 Direman

Nilai Bitcoin yang tinggi nyata menarik perhatian sesetengah individu untuk melombongnya. Meskipun aktiviti melombong Bitcoin bukanlah perkara yang salah, terdapat individu yang mengambil kesempatan dengan melombong secara haram di mana bekalan elektrik dicuri daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Situasi ini nampaknya berlaku di Negeri Sembilan baru-baru ini apabila dilaporkan dua suspek terdiri daripada dua orang lelaki disyaki menyogok pegawai TNB sebanyak RM75,000 sejak Ogos tahun lalu dalam usaha melindungi kecurian bekalan elektrik yang digunakan bagi operasi perlombongan Bitcoin di negeri berkenaan.

Dua lelaki itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Menerusi laporan, kedua-dua suspek tersebut berusia 49 dan 50 tahun itu direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 6 Mac depan dan akan ditempatkan ditempatkan di Lokap SPRM Negeri Sembilan.

Permohonan reman dikemukakan Pegawai Pendakwa SPRM, Penolong Penguasa SPRM Riduan Kadri di hadapan Penolong Pendaftar Tuan Mas Azmimin Ahmad di Mahkamah Khas Reman Seremban, hari ini.

Difahamkan kesalahan yang dilakukan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 bakal menyebabkan pesalah dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Media semalam melaporkan SPRM menyertai operasi serbuan ke atas beberapa premis di seluruh negara yang dikesan mencuri bekalan elektrik untuk menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin susulan terdapat individu yang memberikan sogokan kepada pegawai badan utiliti berkenaan.

Untuk pengetahuan, kes kecurian elektrik bagi tujuan melombong Bitcoin semakin menular di Malaysia di mana pihak TNB dilaporkan rugi sehingga RM2.4 bilion menerusi jenayah yang dibuat golongan tidak bertanggungjawab ini.

Tular pada minggu lalu apabila seorang wanita bertudung hijau ditangkap selepas ‘kantoi’ mencuri iPhone 13 Pro Max milik seorang individu yang tertinggal di sebuah pasar raya.

About admin2

Check Also

Kenang Isteri Tengah Sarat Mengandung & An4k Kecil Di Rumah, Lelaki Batal Ni4t Terjun Jambatan

Mengenangkan isteri yang sedang sarat mengandung dan anak kecil di rumah, hasrat. seorang. lelaki yang berniat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.