Home / Semasa / ‘Kita Masuk Berbayar, Sediakanlah Lifeguard’ | MyBlog

‘Kita Masuk Berbayar, Sediakanlah Lifeguard’ | MyBlog

Belakangan ini, seringkali kita terbaca berita yg memaparkan kes lemas melibatkan kanak-kanak walaupun kawasan terbabit dipenuhi orang ramai.

Tular sebuah perkongsian dari seorang pengunjung di salah sebuah pusat rekreasi yg terletak di Johor yg menjadi saksi kejadian seorang kanak-kanak lemas di situ.

Pengguna Facebook bernama Siti Amalina Nadia, terpanggil meluahkan kekurangan dari aspek keselamatan di kolam rekreasi berbayar hingga boleh menyebabkan kejadian yg tdk diingini berlaku.

Kanak-Kanak Lemas Dalam Kolam RekreasiSumber: Facebook

Satu perkara yg saya perasan sekarang ini, memang payah nak jumpa kolam berbayar yg ada lifeguards atau sekurang-kurangnya ada ilmu menyelamat orang lemas. Yang depa tau, letak orang depan kaunter utk ambik bayaran bila orang nak masuk. Melainkan taman tema besar-besar ya.

Cuma nak tanya, kalau nak bukak kolam-kolam utk riadah macam tu & berbayar, boleh buka macam tu saja atau kena ada lesen? Ada tak petugas khas yg kena check setiap kolam-kolam yg dibuka utk check safety features utk orang ramai?

Ada pelampung keselamatan tak? Apa yg saya perhati tadi, tempat tu memang kedalaman agak bahaya utk kanak-kanak juga, tambah kat bahagian gelongsor besar panjang.

Masa saya mula-mula turun, saya sendiri pun dah terasa dalam masa menghala ke tangga utk naik dari kolam tu. Terus saya minta suami & anak saudara yg besar utk tunggu di bawah sementara saya pulak tunggu di atas uruskan yg lain dari atas gelongsor.

Tengoklah selepas gelongsor tu, panjang mana kolam dia. Tapi ada perasan tak mana-mana pelampung keselamatan terselit kat celah-celah situ? Maafkan jika saya salah, tapi memang saya tak nampak pelampung keselamatan di bahagian situ.

Kalau kes budak-budak yg baru nak lemas, mungkin pelampung tu sangat berguna utk orang awam yg tak confident berenang.

Kanak-Kanak Lemas Dalam Kolam RekreasiSumber: Facebook

Masuk berbayar, sekurang-kurangnya sediakan lifeguard

Kita masuk berbayar, ap4 salahnya, sediakan lifeguard khas utk memerhati di sudut-sudut tertentu, yg semestinya tahu ilmu menyelamat orang lemas juga.

Dan saya dapat tahu, ini bukan pertama kali budak lemas & meninggal. Tahun 2018, dua orang kanak-kanak meninggal tempat yg sama adik ini dijumpai lemas. Masih belum ada penambahbaikan lagi ke utk keselamatan pengunjung?

Ini adalah sedikit luahan saya yg juga saya tuju kepada pemilik-pemilik kolam mandian utk riadah di Malaysia. Bukannya semata-mata tuju kepada owner kolam renang ni.

Terutamanya musim cuti ni, lagi ramai kanak-kanak & pengunjung. Mungkin boleh letak sedikit budget utk lifeguard. Bila perkara macam ni jadi, nama kolam anda akan terpalit.

Dan akan effect kehadiran pengunjung. Lepas beberapa ketika org dah lupa, orang akan membanjiri semula. Penting utk pemilik fikirkan faktor keselamatan utk pengunjung.

Dalam pada itu, Siti Amalina juga mengakui ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka namun ada kalanya boleh terlepas pandang walaupun seketika.

Tambahnya lagi, biarpun ramai orang dewasa di sana, namun tdk semua mengetahui & ada ilmu bantuan kecemasan CPR. Di situlah pentingnya utk pihak pengurusan meletakkan petugas yg mengetahui ilmu menyelamat.

Sumber: Siti Amalina Nadia

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Iklan Billboard Penuh Muka Founder Produk, Ini Yang Usahawan Patut Belajar Dengan Apple & Android | Article Update

Sekiranya anda berada di lebuhraya, pasti perasan pelbagai iklan terpampang di billboard tepi jalan. Ada …

Leave a Reply

Your email address will not be published.