Hanya setahun Sambal Nyet oleh Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairulaming berada di pasaran, beliau kini mampu untuk membuka kilang baharu Sambal Nyet yang lebih besar di Kelantan.
Khairulaming berkongsikan berita gembira tersebut menerusi laman Twitter dan Instagram rasmi miliknya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberi sokongan terhadap produk sulung keluarannya itu.
Selepas genap setahun Sambal Nyet dilancarkan, alhamdulillah kita berjaya cecah jualan RM 7.5 juta ringgit. Sekarang kilang sambal nyet seluas 14,000 sqft telah pun siap renovation and finally ready untuk aku tunjuk kat korang. Welcome guys to our first Townhall
[Thread] :
33.8K
Reply
Tahun lalu sahaja, beliau bersama pasukannya telah berjaya menjual
540,000 botol Sambal Nyetbersamaan nilai jualan RM7.5 juta! Beliau berpendapat sudah tiba masanya untuk meluaskan lagi produksi Sambal Nyet dan membuat keputusan untuk membuka kilang baharu di Kota Bharu, Kelantan dengan keluasan 14,000 kaki persegi.
Menurutnya, beliau memilih Kelantan kerana itu adalah tempat beliau membesar dan membuka kilang tersebut dari ‘kosong’. Tujuannya bermula daripada kosong adalah untuk beliau belajar sendiri cara yang betul untuk
set-up kilang; sama seperti mana beliau
mula-mula berniaga Sambal Nyet tahun lalu.
Replying to @khairulaming
Dari 6 Jan 2021 ke 6 Jan 2022 kita berjaya jual dalam 540,000 botol Sambal Nyet yang bersamaan dengan jualan RM 7.5 juta. Sehingga hari ni 2 Mar 2022, jumlah ini telah naik ke 621,800 botol bersamaan dengan sales RM 8.6 Juta.
Bermula dengan R&D memasak di rumah, ke lot kedai dan ke kilang seluas 14,000 sqft ni, banyak benda yang aku belajar. Mula-mula berat hati nak bina kilang sendiri sebab ramai suggest untuk hire OEM untuk buat produk. Tapi sebab aku nak belajar A-Z, ini risiko yang kena ambil
Selepas membelanjakan lebih RM1 juta untuk kilang ini, akhirnya ia sudah mula beroperasi. Langkah seterusnya menurut Khairulaming adalah untuk mendapatkan sijil
MeSTI dan halal pada tahun ini selepas renovasi kilang siap sepenuhnya.
Rata-rata followers dan pembeli Sambal Nyet mengucapkan tahniah kepada Khairulaming atas kejayaannya itu. Sehingga ke hari ini, Sambal Nyet kekal sold out di Shopee setiap kali restockmembuktikan Sambal Nyet tetap bertakhta di hati pembeli.
P/S: Khairulaming juga berkata produk kedua keluarannya turut akan dikeluarkan di kilang ini tidak lama lagi. Nantikan dan all the best buat Khairulaming!
Ada juga berpendapat Khairulaming adalah usahawan dan sifu Shopee sebenar yang boleh dijadikan idola. Baca lagi pada pautan di bawah.
https://www.thevocket.com/khairulaming-adalah-sifu-shopee-berjaya-jual-10000-sambal-nyet-dalam-3-minit/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20220302
https://www.thevocket.com/buat-post-mortem-selepas-sambal-habis-terjual-cara-khairulaming-dipuji-netizen/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20220302
https://www.thevocket.com/khairulaming-kongsi-kisah-jatuh-bangun-hasilkan-sambal-nyet/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20220302
Kredit : Vocket