Home / Semasa / Serba Dinamik Catat Kerugian Bersih RM290.32 Juta
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Serba Dinamik Catat Kerugian Bersih RM290.32 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Serba Dinamik Holdings Bhd melaporkan kerugian bersih RM290.32 juta dalam suku kedua berakhir tahun kewangan 31 Dis 2021, dengan iringan pendapatan sebanyak RM177.14 juta.

Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata hasil suku kedua menurun 77.8 peratus daripada suku sebelumnya disebabkan oleh aktiviti yang agak lembap dalam segmen operasi dan penyelenggaraan dari Qatar, Emiriyah Arab Bersatu dan Malaysia.

“Secara keseluruhan, kumpulan itu mengalami kerugian kasar berjumlah RM165.9 juta, dengan pengurangan sebanyak RM234.8 juta berbanding suku pertama tahun kewangan 2022,” katanya.

Serba Dinamik telah mengubah tahun kewangan berakhirnya dari 31 Dis 2020 kepada 30 Jun 2021. Oleh itu, tidak ada suku perbandingan tahun ke tahun.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah ketika mengulas mengenai prestasi memberitahu kejatuhan ketara dalam harga niaga hadapan minyak mentah selama dua bulan berturut-turut sejak November telah disumbangkan oleh ketidaktentuan pasaran termasuk peningkatan ketidakpastian mengenai kesan Omicron terhadap ekonomi global dan permintaan minyak.

“Bagaimanapun, disebabkan oleh ketegangan geopolitik baru-baru ini dan permintaan minyak yang berdaya tahan, konsensus telah menaikkan unjuran harga minyak mentah mereka dari US$75/bbl (US$1 = RM4.19) kepada US$80/bbl dan pemangkin penarafan semula ini boleh memberi manfaat kepada operasi kumpulan dalam segmen O&M dan EPCC,” katanya.

Katanya, walaupun pada hakikatnya kumpulan itu telah diklasifikasikan sebagai syarikat PN17, Lembaga Pengarah yakin bahawa pelan penstrukturan semula akan memberi manfaat kepada para pemegang saham dalam jangka masa panjang.

Sekarang ini, Lembaga Pengarah telah mendaftarkan untuk bantuan pengurusan kehakiman mahkamah, katanya.

— BERNAMA

About admin2

Check Also

Penduduknya Berpendapatan Tinggi Tapi Banyak Masalah Bantut Dan Obesiti? | Article Update

“Ada sesuatu yg tdk betul kenapa Putrajaya dikenali antara yg mempunyai pendapatan tinggi di Malaysia …

Leave a Reply

Your email address will not be published.