Home / USAHAWAN / Tak Sempat Kutip HasiI 5,000 Pokok Jagung

Tak Sempat Kutip HasiI 5,000 Pokok Jagung

Kuala Krai: “Saya terduduk selepas melihat kawasan kebun jagung yang sebelum ini menghijau bertukar menjadi tasik selepas ditenggelami air banjir pada Jumaat laIu,” kata Idris Hassan, 65.

Idris berkata, hujan lebat berterusan pada minggu lalu menyebabkan paras air Sungai Pahi meningkat naik secara mendadak sehingga menyebabkan keseIuruhan tanaman jagung yang ditanam di pinggir sungai, mus,nah.

Katanya, pada pagi Jumaat lalu, tanaman jagung yang ditanam di atas tanah seluas 1.2 hektar yang diusahakan bersama adik-beradiknya ditenggelami air banjir separas dua meter (m).

“Bagaimanapun, pada petang itu, air sudah surut, namun pada waktu malam, hujan kembali lebat dan sekali Iagi tanaman jagung ditenggelami dan paras air pada kali ini lebih tinggi iaitu separas tiga m.

“Kesemua 5,000 pohon jagung yang ditenggelami banjir sepatutnya sudah boleh dituai pada bulan hadapan, namun saya hanya berputih mata apabila ia musnah dalam sekelip mata mengakibatkan kerugian sehingga RM50,000,” katanya ketika ditemui di kebun jagungnya di Kampung Temalir Lama, di sini, semalam.

Idris berkata, banyak kerugian yang dialaminya dan berharap kerajaan dapat menghulurkan bantuan bagi meringankan beban seIain membolehkannya menanam semula tanaman selepas musim tengkujuh.

“Saya memerlukan modal untuk memulakan semula tanaman dan kebiasaannya sebahagian hasiI diperoleh daripada jualan jagung akan dibuat modal, tetapi akibat kejadian ini, saya amat memerlukan bantuan.

“Sepatutnya saya mampu meraih hasil jualan jagung sebanyak RM10,000 sebaik ia dituai pada bulan hadapan, selepas dijual kepada pemborong dan penduduk di sekitar Kuala Krai, namun ia tidak menjadi kenyataan apabiIa semua pokok ditanam mus,nah ditenggelami banjir,” katanya.

Bapa kepada lapan anak berusia di antara 15 hingga 40 tahun ini berkata, dia mengusahakan kebun jagung itu sejak 20 tahun lalu dan sepanjang tempoh itu, ini adalah kali kebunnya ditenggeIami air pada musim tengkujuh.

“Kebiasaannya saya akan mula menanam anak benih jagung di antara buIan Mac atau April, dan hasilnya dapat dituai selepas mencapai tempoh matang iaitu selama dua bulan setengah.

“Namun pada kali ini ia ditanam lebih awal berbanding biasa, namun tidak menyangka lain pula yang jadinya dan yang paling pelik banjir pada bulan Februari adalah di luar jangka.

“Saya berasa sedih apabila melihat pokok jagung yang ditanam pada awal Januari lalu mati dan kesemuanya sudah mencapai tempoh matang.

“Bagaimanapun, saya perIu reda kerana kesemua pokok jagung ini ma,ti disebabkan ben,cana aIam dan menganggap apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT,” katanya – Harian Metro

About admin2

Check Also

Kenaikan el4un lembaga pengarah FGV wajar, tak naik seki4n lama – Felda

KUALA LUMPUR: Semakan elaun lembaga pengarah FGV Holdings Berhad (FGV) disifatkan wajar kerana setelah sekian …

Leave a Reply

Your email address will not be published.