Home / Semasa / Bukit St Paul Bakal Ditukar Kepada Nama Asal Bukit Melaka, Ini Sejarah Yang Ramai Tak Tahu | MyBlog

Bukit St Paul Bakal Ditukar Kepada Nama Asal Bukit Melaka, Ini Sejarah Yang Ramai Tak Tahu | MyBlog

Pertukaran nama Bukit St Paul di Bandar Hilir kepada nama asalnya iaitu Bukit Melaka bakal direalisasikan selepas pelbagai usaha yg dibuat oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sejak isu itu dibangkitkan pada 2020 lalu.

Menurut Exco Pelancongan, Warisan & Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis, terdapat beberapa sumber sejarah yg perlu dikenal pasti sebelum ia dibawa ke peringkat seterusnya utk diwartakan.

Bagaimanapun, beliau yakin, pertukaran yg dibuat bagi mengembalikan identiti & jati diri, dapat direalisasikan selewat-lewatnya tahun ini.

Beliau menjelaskan, ia bukanlah sebagai satu cubaan utk menukar sejarah apabila disoal tentang keperluan pertukaran nama oleh pihak yg tdk bersetuju.

Ujarnya, ia berikutan Bukit Melaka adalah nama asal yg termaktub dalam sejarah Melayu Melaka, sebelum ketibaan penjajah. Dalam pada itu, nama gereja Bukit St Paul yg terdapat di bukit berkenaan masih kekal.

Bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelancong, pihak PERZIM juga sudah memulakan langkah memasang papan tanda pengenalan atau papan arah yg menunjukkan pertukaran nama bukit tersebut sebagai Bukit Melaka.

“Bukit ini menjadi saksi bisu kepada kepesatan pembangunan & kemakmuran Melaka, dari zaman kesultanan Melayu Melaka sehingga kepada kehancuran, serta peperangan demi peperangan silih berganti, dari kuasa-kuasa Barat.

“Jadi, keputusan menukar nama ini utk kembalikan identiti & jati diri, daripada penjajah kepada tempatan,” kata Pengurus Besar PERZIM Mohd Nasruddin Rahman.

Bukit St Paul Tukar Nama Bukit MelakaSumber: Aminuddin Yahaya
Nama bukit sering berubah k3rana penjajah

Mengikut catatan sejarah, bukit paling tinggi di Bandar Hilir itu merupakan kawasan pentadbiran & tapak asal Istana Kesultanan Melayu Melaka yg turut dinamakan Bukit Melaka sebelum era penjajahan.

Kemudian, namanya berubah-ubah sejak 1511 apabila ditawan Portugis, Belanda & British. Ketika dijajah Portugis, bukit tersebut dinamakan Bukit Ali Maria atau Monti Ali Maria dengan membina gereja di situ & bertukar kepada Bukit St. Paulo atau Boquit St. Paulo pada zaman Belanda bermula 1641.

Semasa British menjajah sejak 1825, mereka gunakan pula nama Bukit Bendera berikutan ada sebatang tiang tinggi yg mengibarkan bendera Union Jack.

Namun, nama itu pun tdk bertahan lama & bertukar menjadi Bukit St. Paul sehingga hari ini.

Gereja lama tdk berbumbung yg terletak di atas bukit itu merupakan markas mubaligh Kristian, Francis Xavier menyebarkan ajaran Kristian & turut dikenali sebagai gereja tertua di Asia Tenggara.

Justeru, Bukit St Paul atau Bukit Melaka ini amat penting bagi semua pihak k3rana ia memiliki nilai sejarah yg begitu panjang.

Bukit St Paul Tukar Nama Bukit MelakaSumber: Holiday Inn Melaka

BACA: Sejarah Kota A Famosa Yang Dibina Dari Batu Masjid Dan Kubur Melayu

Sumber: Awani, Harian Metro

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda | Article Update

Sememangnya kes buli yg serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.