Home / Semasa / 3 Impak Yang Dijangka Berlaku Kepada Pemilik Perniagaan Di Malaysia | MyBlog

3 Impak Yang Dijangka Berlaku Kepada Pemilik Perniagaan Di Malaysia | MyBlog

Golongan usahawan atau mereka yg memiliki perniagaan di Malaysia dijangka akan turut terkena tempias dari kesan perang Russia-Ukraine.

Tidak kira usahawan kecil atau sederhana mahupun mereka yg berniaga gerai atau secara ‘online’, kesan peperangan ini sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada semua perniagaan.

Oleh itu, setiap usahawan harus sentiasa cakna & bersedia bagi menghadapi ‘angin depan’ atau headwind yg kini sudah pun mula melanda.

Ini yg cuba dijelaskan oleh tokoh kewangan terkemuka, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusof yg telah membuat satu perkongsian menarik mengenai hal ini melalui akaun Facebooknya, Nik Hasyudeen.

Semoga perkongsian ini dapat sama-sama membantu golongan usahawan di Malaysia utk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada masa depan sekiranya peperangan ini berlanjutan.

Tangkap layar dari Facebook Nik Hasyudeen– Tangkap layar dari Facebook Nik Hasyudeen

Angin depan (headwind) yg perlu diperhatikan oleh usahawan

Tindakan-tindakan yg diambil oleh Amerika, Eropah & Russia akibat dari pencerobohan Russia ke atas Ukraine akan memberi kesan ke atas perniagaan di sini. Di antara sebab-sebabnya:

1) Kenaikan harga komoditi seperti minyak & bahan galian. Ini sudah pun berlaku apabila harga minyak mentah dunia sudah pun mencecah lebih USD 120, satu tahap yg tdk pun terbayang oleh kita apabila Covid-19 muncul lebih 2 tahun dahulu. Harga minyak sawit mentah pun sudah melebihi RM 8,000 setan.

Kenaikan harga komoditi ini akan meningkatkan lagi harga barangan lain. Kita ambil contoh ayam, apabila harga minyak kapal naik, kos impot bahan makanan ayam pun naik. Banyak mana lagi kerajaan nak subsidikan atau menekan harga yg membawa kerugian kepada penternak?

Walaupun harga minyak di pam disubsidikan (RON 95, RON 97 & diesel) tambahan pendapatan kerajaan hasil dari dividen Petronas & cukai kena digunakan utk menambah subsidi juga. Berpusing-pusing di situ sahaja duit minyak kita.

Kalau harga minyak kelapa sawit kekal tinggi, bagaimana pula dengan kos makanan yg dihasilkan dengan bahan-bahan yg berasaskan minyak berkenaan?

2) Gangguan bekalan & rantaian bekalan. Walaupun mungkin tdk banyak perniagaan kita yg berurusan secara langsung dengan Russia atau pun Ukraine, kesan sampingan dari pelbagai sekatan yg sedang dilaksanakan akan tempias ke sini juga.

Contohnya, syarikat penerbangan kena menyusun semula jalan-jalan yg boleh dilalui oleh kapal terbang masing-masing k3rana kapal terbang Amerika, Eropah & beberapa negara lagi tdk boleh memasuki ruang angkasa Russia & sebaliknya. Ini menyebabkan kos akan naik di samping kenaikan harga bahan bakar kapal terbang. Akhirnya harga tiket akan meningkat & kos kargo juga akan turut naik.

3) Kedua-dua perkara di atas akan meningkatkan kos perniagaan & mengurangkan permintaan ke atas barangan & perkhidmatan. Ini akan memberi kesan ke atas pemulihan ekonomi negara yg diharapkan pulih ke tahap pra-pandemik pada tahun ini. Di dalam masa yg sama, kenaikan harga akan memaksa bank pusat menaikkan kadar faedah. Walaupun OPR dikekalkan pada tahap 1.75%, ianya mungkin naik sekiranya kadar inflasi semakin tinggi.

Peperangan siber di antara Russia & Amerika serta sekutu-sekutunya boleh juga berlaku secara senyap. Apabila platfom-platfom yg kita gunakan terkesan, ini boleh juga menjejaskan operasi perniagaan kita di sini.

Mana-mana usahawan kena memandang ke hadapan. Perniagaan kena disediakan utk terus berjalan di dalam pelbagai keadaan. Oleh k3rana ekonomi ini amat terbuka & kita amat bergantung kepada eksport, perkembangan luar negara akan memberi kesan ke atas tahap ekonomi di sini.

Oleh itu, sebarang angin depan akan memberi kesan ke atas perniagaan kita. Jika kita tdk bersedia, segala usaha utk memulihkan kembali perniagaan yg terjejas disebabkan pandemik Covid-19 mungkin tdk memberikan hasil seperti yg diharapkan.

BACA: Walaupun Selalu Jadi ‘Jahat’ Dalam Filem-Filem Hollywood, Kenapa Ramai Masih Sokong Russia?

Sumber: Nik Hasyudeen

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.